Connect with us

Antarabangsa

Trump akan serah diri di mahkamah Georgia

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata beliau akan menyerah diri kepada mahkamah di Atlanta, Georgia, bagi menghadapi beberapa pertuduhan berhubung perolehan daripada aktiviti haram dan konspirasi jenayah.

Wartawan TMT

Published

on

Trump akan serah diri di mahkamah Georgia
Foto: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
  • Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata beliau akan menyerah diri kepada mahkamah di Atlanta, Georgia, bagi menghadapi beberapa pertuduhan berhubung perolehan daripada aktiviti haram dan konspirasi jenayah.
  • Memetik laporan BBC, Trump berkata, beliau akan terbang ke Atlanta pada Khamis untuk ‘ditahan’ oleh pendakwa raya yang beliau sifatkan sebagai ‘golongan radikal berhaluan kiri’.
  • Dakwa Trump lagi, pendakwa raya Fani Willis merupakan ahli parti Demokratik dan sedang melakukan ‘pemburuan’ terhadap dirinya dengan kebenaran Jabatan Kehakiman AS.
  • Sebelum ini, media melaporkan Willis telah memfailkan kes ke atas bekas Presiden AS itu termasuk 18 sekutunya atas dakwaan cuba membatalkan keputusan pemilihan presiden 2020.

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata beliau akan menyerah diri kepada mahkamah di Atlanta, Georgia, bagi menghadapi beberapa pertuduhan berhubung perolehan daripada aktiviti haram dan konspirasi jenayah.

Memetik laporan BBC, Trump berkata, beliau akan terbang ke Atlanta pada Khamis untuk ‘ditahan’ oleh pendakwa raya yang beliau sifatkan sebagai ‘golongan radikal berhaluan kiri’.

Dakwa Trump lagi, pendakwa raya Fani Willis merupakan ahli parti Demokratik dan sedang melakukan ‘pemburuan’ terhadap dirinya dengan kebenaran Jabatan Kehakiman AS.

Terdahulu, seorang hakim di mahkamah Atlanta, yang memantau kes Trump, telah menetapkan ikat jamin sebanyak AS$200,000 dan bebas dari ditahan selagi Trump tidak mempunyai niat mengganggu atau mengugut saksi kes tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan Willis telah memfailkan kes ke atas bekas Presiden AS itu termasuk 18 sekutunya atas dakwaan cuba membatalkan keputusan pemilihan presiden 2020.

Bekas peguam Trump, Rudy Giuliani; Ketua Staf Rumah Putih, Mark Meadows; dan bekas Penolong Peguam Negara AS, Jeffrey Clark adalah antara pembantu serta rakan sekutu bekas presiden itu yang didakwa di Georgia pada Isnin.

Memetik laporan Financial Times, barisan peguam Trump akan bertemu dengan pihak pendakwa untuk berunding mengenai terma dan jumlah dana ikat jamin.

Pejabat Sherif Daerah Fulton berkata, apabila Trump menyerah diri, pihak berkuasa akan melakukan perintah sekatan di sekeliling penjara daerah tersebut.

Pejabat tersebut berkata, penghadang jalan raya akan kekal hingga Sabtu ini, dan 19 tertuduh termasuk Trump mempunyai tempoh hingga tengah hari Jumaat untuk menyerah diri.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending