Terkini
Tindakan Ramasamy diakui jejaskan undi kaum India
Tindakan Dr P Ramasamy keluar DAP diakui memberi kesan kepada pola pengundian terutama masyarakat India pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, Sabtu ini.
- Tindakan Dr P Ramasamy keluar DAP diakui beri kesan kepada pola pengundian terutama masyarakat India pada PRN Pulau Pinang, Sabtu ini.
- Ketua Menteri merangkap Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow merayu agar bekas Timbalan Ketua Menteri II itu mempertimbangkan semula keputusan beliau meninggalkan parti.
- Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang itu juga tidak menolak kemungkinan berlaku undian protes dalam kalangan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai, terutama penyokong Ramasamy.
- Ramasamy mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam DAP dan keluar parti itu, dengan surat bagi tujuan itu sudah diserahkan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Kon Yeow, masing-masing pada jam 8.24 dan 8.25 pagi tadi.
Tasek Gelugor: Tindakan Dr P Ramasamy keluar DAP diakui memberi kesan kepada pola pengundian terutama masyarakat India pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, Sabtu ini.
Sehubungan itu, Ketua Menteri merangkap Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow merayu agar bekas Timbalan Ketua Menteri II itu mempertimbangkan semula keputusan beliau meninggalkan parti.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang itu juga tidak menolak kemungkinan berlaku undian protes dalam kalangan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai, terutama penyokong Ramasamy.
“Saya memang sudah dimaklumkan oleh Ramasamy (mengenai hasrat beliau keluar DAP) sebelum ini. Walaupun (beliau) boleh terima keputusan pemilihan calon dan tidak bertanding (pada PRN) kali ini.
“Namun, beliau tidak berpuas hati mengenai bagaimana proses ini diuruskan. Pihak terbabit hanya dimaklumkan ketika pengumuman calon dibuat tempoh hari.
“Ini menyebabkan dia membuat keputusan (untuk keluar DAP), walaupun saya cuba memujuk (supaya tidak berbuat demikian). Pada perjumpaan sebelum ini, beliau hanya cakap mulut saja,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu, Ramasamy mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam DAP dan keluar parti itu, dengan surat bagi tujuan itu sudah diserahkan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Kon Yeow, masing-masing pada jam 8.24 dan 8.25 pagi tadi.
Selain Ramasamy, bekas Adun Sabai merangkap Naib Pengerusi DAP Pahang D Kamache; Naib Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY), K Jason Raj dan Ahli DAP Cawangan Taman Inderawasih, K Krishnasamy turut mengumumkan keluar daripada parti itu.
Ramasamy dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II selepas menang di Parlimen Batu Kawan dan DUN Perai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), pada 2008 dan berkhidmat sebagai wakil rakyat di Perai selama 15 tahun.
Sementara itu, Kon Yeow turut menghargai jasa dan khidmat Ramasamy yang juga Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang kepada kerajaan negeri, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan negeri dan jawatankuasa lain sejak 2008.
“Saya rasa semua orang pun tahu punca sebenar keputusan Ramasamy meninggalkan DAP. Beliau memang tidak berpuas hati apabila cadangan jawatankuasa negeri (mengenai pemilihan calon bagi PRN Pulau Pinang) tidak dipertimbangkan.
“Bagaimanapun, saya ucapkan penghargaan bagi perkhidmatan beliau kepada kerajaan negeri selama 15 tahun dan sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu serta lain-lain jawatan dalam badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan negeri,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Pentadbiran Islam di Malaysia tidak tindas, paksa mana-mana pihak tukar agama
Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
- Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
- Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.
- Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.
- “…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.
- “Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.
- “14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.
- Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.
KUALA LUMPUR — Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.
Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.
“…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.
“Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.
“14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.
Program terbitan Merdeka Studio itu turut menampilkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ sebagai panel utama.
Mengulas lanjut, Muhamad Rozaimi menjelaskan kenyataannya itu bukan untuk mempertikaikan perkara terbabit, tetapi dalam hal sedemikian kemudahan dan kebebasan diberikan kepada kelompok bukan Islam.
“Saya bukan nak pertikai cuma kemudahan itu diberi kebebasan itu diberi… tauliah itu sebenarnya diperlukan untuk mengawal daripada ajaran-ajaran sesat itu daripada disebarkan dengan tidak berdisiplin,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
The Bibi Files: Netanyahu gagal sekat tayangan dokumentari salah lakunya