Connect with us

Teknologi

Tidak boleh main video game ada unsur syirik – Dr Zulkifli Al-Bakri

Hukum bermain ‘video game’ adalah diharuskan, namun sekiranya terdapat dalam permainan tersebut perkara yang mensyirikkan Allah, maka ia tidak dibolehkan.

Wartawan TMT

Published

on

Tidak boleh main video game ada unsur syirik – Dr Zulkifli Al-Bakri
Foto: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
  • Hukum bermain ‘video game’ adalah diharuskan, namun sekiranya terdapat dalam permainan tersebut perkara yang mensyirikkan Allah, maka ia tidak dibolehkan.
  • Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hal ini kerana terdapat larangan keras daripada nas al-Quran dan hadis tentang larangan mensyirikkan Allah.
  • “Unsur syirik yang terdapat dalam permainan tidaklah menjadikan pemainnya itu jatuh kafir. Namun sebagai muslim tidak dibenarkan untuk bermain dengan jenis permainan yang berunsur syirik.
  • “Seharusnya bagi individu muslim hendaklah menolak segala bentuk kesyirikan semampu yang boleh walau dengan hati sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Sai’d al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda. “(Maksud) barang siapa daripada kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Sekiranya tidak mampu lagi, maka dengan hatinya kerana ia merupakan selemah-lemah iman. [Riwayat Muslim (49)],” katanya menerusi laman web Maktabah Al-Bakri

PETALING JAYA – Hukum bermain ‘video game’ adalah diharuskan, namun sekiranya terdapat dalam permainan tersebut perkara yang mensyirikkan Allah, maka ia tidak dibolehkan.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hal ini kerana terdapat larangan keras daripada nas al-Quran dan hadis tentang larangan mensyirikkan Allah.

Menurutnya, sehubungan itu, menghindari perkara yang mensyirikkan Allah adalah lebih utama.

“Unsur syirik yang terdapat dalam permainan tidaklah menjadikan pemainnya itu jatuh kafir. Namun sebagai muslim tidak dibenarkan untuk bermain dengan jenis permainan yang berunsur syirik.

“Seharusnya bagi individu muslim hendaklah menolak segala bentuk kesyirikan semampu yang boleh walau dengan hati sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Sai’d al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda.

“(Maksud) barang siapa daripada kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Sekiranya tidak mampu lagi, maka dengan hatinya kerana ia merupakan selemah-lemah iman. [Riwayat Muslim (49)],” katanya menerusi laman web Maktabah Al-Bakri.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menasihatkan supaya berhati-hati apabila melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan iman agar tidak terjatuh ke lembah kesyirikan.

“Ingatlah bahawa perbuatan syirik merupakan dosa yang tidak diampunkan oleh Allah. Akhirnya, semoga Allah memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini, dan menjauhkan kita daripada perkara yang boleh menyerongkan akidah dan pegangan kita,” jelasnya.

Penjelasan tersebut berhubung soalan diterima daripada orang awam berkaitan permainan video.

Menerusi soalan itu, individu tersebut bertanyakan hukum bermain permainan video yang mana watak utama yang dimainkan perlu menyembah satu patung.

Sumber : Kosmo

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Antarabangsa

(VIDEO) Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’

Meta Connect dengan kerjasama EssilorLuxottica pada 27 September lalu melancarkan koleksi cermin mata pintar Ray-Ban Meta generasi baharu.

A.R. Khan

Published

on

Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’
Foto: Cermin Mata Pintar Ray-Ban Meta.

Meta Connect dengan kerjasama EssilorLuxottica pada 27 September lalu melancarkan koleksi cermin mata pintar Ray-Ban Meta generasi baharu.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Reka bentuk cermin mata pintar itu diberikan penambahbaikan yang jauh lebih baik berbanding keluaran generasi pertamanya dengan ciri-ciri yang tiada pada mana-mana cermin mata pintar sebelum ini. 

Cermin mata pintar itu bakal membebaskan tangan pengguna dari gangguan perlu memegang kamera tangan, membolehkan rakaman foto atau klip video dari sisi unik pengguna itu sendiri.

Selain itu cermin mata pintar itu juga membolehkan pengguna strim secara langsung dari cermin mata mereka ke Facebook atau Instagram. 

Pembesar suara serba baharu yang direka khas dengan bass lanjutan serta suara maksimum lebih tinggi dan ciri-ciri audio terarah yang membantu pengurangan kebocoran audio semasa menerima panggilan, mendengar muzik serta podcast walaupun dalam persekitaran yang bising atau berangin. 

Bagi kemudahan rakaman video, susunan lima mikrofon rekaan baharu diberikan untuk rakaman lebih baik, serta tangkapan bunyi lebih tepat seperti pengalaman asal pengguna, sama ada dari hadapan, dari sisi, belakang, malah di arah atas.

Kamera ultra lebar 12 MP baharu dengan kualiti yang dipertingkatkan untuk foto dan video rakaman 1080p sehingga 60 saat, selain ciri-ciri foto boleh dikongsi secara terus kepada rakan dan keluarga dari cermin mata pintar itu dengan arahan suara “hantar foto”.

 Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’

 

Ia bakal dilancarkan dengan harga $299 USD (RM1,410) dengan pembelian pra-tempahan kini boleh dilakukan di meta.com dan ray-ban.com.

Pembelian terus secara atas talian dan kedai fizikal pula akan bermula 17 Oktober depan di 15 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan seluruh Eropah.

Sumber: Meta

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending