Connect with us

Terkini

SUHAKAM perlu berpegang Perlembagaan, elak pertembungan seperti ICERD

Malaysia memerlukan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan memahami kompromi kerajaan untuk mengelakkan berlaku pertembungan besar seperti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

Hidayah Sani

Published

on

SUHAKAM perlu berpegang Perlembagaan, elak pertembungan seperti ICERD
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Malaysia memerlukan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan memahami kompromi kerajaan untuk mengelakkan berlaku pertembungan besar seperti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).
  • Menyifatkan negara ketika ini di ambang genting, peguam Lukman Sheriff Alias berkata beliau sebelum ini memaklumkan akan berlaku pindaan terhadap Akta SUHAKAM, di mana ia akan berpihak kepada pelantikan kelompok berhaluan kiri dan liberal. 
  • Katanya, menerusi pindaan itu selepas ini misalnya, pesuruhjaya tidak boleh daripada badan agama semata-mata seperti bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim yang sekarang ini merupakan pesuruhanjaya SUHAKAM. 
  • “Kita mahukan pesuruhjaya-pesuruhjaya yang berpegang kepada Perlembagaan. Yang faham akan kompromi kerajaan. Kalau tidak pertembungan besar seperti ICERD akan berlaku lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
  • Lukman Sheriff, yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), berkata demikian susulan peletakan jawatan Pengerusi SUHAKAM, Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad berkuat kuasa Khamis ini.
  • Peletakan jawatan itu disifatkan sebagai ‘nasi sudah menjadi bubur’ oleh Lukman yang berkata beliau mempertahankan SUHAKAM diketuai Rahmat yang membawa hak asasi manusia mengikut acuan Akta SUHAKAM dan Perlembagaan Persekutuan.

KUALA LUMPUR — Malaysia memerlukan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan memahami kompromi kerajaan untuk mengelakkan berlaku pertembungan besar seperti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menyifatkan negara ketika ini di ambang genting, peguam Lukman Sheriff Alias berkata beliau sebelum ini memaklumkan akan berlaku pindaan terhadap Akta SUHAKAM, di mana ia akan berpihak kepada pelantikan kelompok berhaluan kiri dan liberal. 

Katanya, menerusi pindaan itu selepas ini misalnya, pesuruhjaya tidak boleh daripada badan agama semata-mata seperti bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim yang sekarang ini merupakan pesuruhanjaya SUHAKAM. 

“Penting bagi negara SUHAKAM ini menjadi tengah pertahankan Perlembagaan. Kalau tidak ia menjadi pintu masuk “halal” bagi nilai-nilai barat yang bercanggah dengan nilai budaya dan kompromi Perlembagaan kita. 

“Kita mahukan pesuruhjaya-pesuruhjaya yang berpegang kepada Perlembagaan. Yang faham akan kompromi kerajaan. Kalau tidak pertembungan besar seperti ICERD akan berlaku lagi.

“Kita mesti bersuara lagi untuk pastikan pelantikan pesuruhjaya SUHAKAM memenuhi ciri yang kita hendaki,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Lukman Sheriff, yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), berkata demikian susulan peletakan jawatan Pengerusi SUHAKAM, Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad berkuat kuasa Khamis ini.

Peletakan jawatan itu disifatkan sebagai ‘nasi sudah menjadi bubur’ oleh Lukman yang berkata beliau mempertahankan SUHAKAM diketuai Rahmat yang membawa hak asasi manusia mengikut acuan Akta SUHAKAM dan Perlembagaan Persekutuan.

“Di masa-masa lepas, ada pesuruhjaya-pesuruhjaya mengingkari atau memandang remeh acuan ini dalam membawa hak asasi manusia barat bulat-bulat. 

“Sebab itu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kiri dan liberal amat tidak suka dengan SUHAKAM kini yang diketuai Prof Rahmat,” katanya.

 

Foto : Kenyataan Media Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM.

Lukman Sheriff berkata terdapat pelbagai dakwaan dikenakan terhadap Rahmat di mana ia bermula dengan isu penggunaan dana asing daripada Kesatuan Eropah (EU), kemudiannya berlaku dakwaan dalaman libatkan staf SUHAKAM sendiri.

Katanya, Rahmat diminta melepaskan jawatannya ketika  itu, bagaimanapun sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) perkara itu tidak diteruskan secara tiba-tiba.

“Sejurus selepas PRN beliau diberi kata putus untuk letak jawatan akhir bulan Ogos. Beliau juga ditawarkan Pengerusi AIAC (Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia). Pada mulanya beliau ingin fight tetapi akhirnya “relent”.

“Di bawah beliau Suhakam menjadi lebih inklusif kepada CSO2 (badan bukan kerajaan), terutamanya CSO bukan liberal atau CSO Muslim. Sehinggakan MACSA dapat menganjur bersama SUHAKAM dan UIA buat pertama kalinya seminar yang penting untuk HAM (Hak Asasi Manusia), “universalism dan cultural relativity”. 

Lawyer kami pun mendapat peluang watching brief. Sebelum ini semua ini tidak mungkin berlaku…. Saya tak tahu sama ada ini akan diteruskan atau MACSA akan di exclude. Wallahualam,” katanya. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Lukman Sheriff

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending