Connect with us

Terkini

Sanusi mahu buka lembaran baharu dengan Kerajaan Persekutuan

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mahu membuka lembaran baharu dalam hubungan antara Kedah dan kerajaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

Wartawan TMT

Published

on

Sanusi mahu buka lembaran baharu dengan Kerajaan Persekutuan
Foto: Sanusi bersama isterinya di Pejabat Menteri Besar selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah untuk penggal kedua.
  • Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mahu membuka lembaran baharu dalam hubungan antara Kedah dan kerajaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat negeri itu.
  • Beliau berharap pimpinan kerajaan Perpaduan juga tidak akan menyimpan apa-apa perasaan di dalam hati terutamanya berkaitan hal politik sebelum ini.
  • “Permulaan baharu (hubungan Kedah dan Persekutuan), saya sedia (buka) lembaran baharu, kalau mereka sedia Alhamdulillah, kalau mereka masih menyimpan dalam hati saya tak tahu.”
  • “Mana boleh simpan dalam hati hal pemerintahan kerajaan, urusan kena ikut prosedur kerajaan, hal hati mana boleh bawa, kena simpan dalam peti,” katanya pada sidang media di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
  • Kerajaan Persekutuan tidak boleh menghukum rakyat Kedah yang memilih Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu.
  • “Mana boleh macam itu, ini demokrasi. Dalam politik berpuluh tahun sudah demokrasi, tak boleh macam itu, kena faham demokrasi.”

Alor Setar: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mahu membuka lembaran baharu dalam hubungan antara Kedah dan kerajaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

Beliau berharap pimpinan kerajaan Perpaduan juga tidak akan menyimpan apa-apa perasaan di dalam hati terutamanya berkaitan hal politik sebelum ini.

“Permulaan baharu (hubungan Kedah dan Persekutuan), saya sedia (buka) lembaran baharu, kalau mereka sedia Alhamdulillah, kalau mereka masih menyimpan dalam hati saya tak tahu.

“Mana boleh simpan dalam hati hal pemerintahan kerajaan, urusan kena ikut prosedur kerajaan, hal hati mana boleh bawa, kena simpan dalam peti,” katanya pada sidang media di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sanusi, 49, melafaz sumpah memegang jawatan Menteri Besar di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Menghadap Besar, Istana Anak Bukit pada 10.15 pagi.

Ketika ditanya adakah hubungan beliau dengan pimpinan kerajaan Persekutuan bakal menjejaskan pembangunan negeri, Muhammad Sanusi menyifatkan perkara itu sepatutnya tidak boleh berlaku.

Ini kerana katanya, kerajaan Persekutuan tidak boleh menghukum rakyat Kedah yang memilih Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu.

“Mana boleh macam itu, ini demokrasi. Dalam politik berpuluh tahun sudah demokrasi, tak boleh macam itu, kena faham demokrasi.

“Jangan menghukum orang kerana itu, tak boleh, berdosa. Kita beri rakyat memilih kemudian rakyat buat pilihan lepas itu kita hukum dia, ingat dosa pahala sama,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata lantikan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Kedah dijangka diselesaikan dalam tempoh minggu ini.

Bagaimanapun, nama calon Exco yang akan dilantik itu bakal ditentukan oleh kepimpinan parti komponen masing-masing.

“Kita akan adakan mesyuarat petang ini dan saya akan tengok nama yang dicadang itu sebelum memilih mereka yang mampu untuk melaksana dan menterjemahkan Pelan Pembangunan Kedah 2035.

“Tetapi, memang susah untuk memilih kerana semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ada kelayakan yang baik. Jumlah Exco masih sama iaitu 11 orang termasuk saya dan portfolio mungkin ada penyesuaian mengikut keperluan semasa,” katanya.

Beliau turut mengakui berbanding penggal lalu, memegang jawatan Menteri Besar Kedah pada penggal kali ini memberi cabaran lebih besar buat dirinya.

“Saya jadi takut kerana harapan terlalu tinggi, takut tidak tercapai hasrat dari rakyat tetapi saya berazam dan akan cuba sedaya upaya untuk tunaikan amanah rakyat.

“Kita ada 32 ADUN daripada pelbagai latar belakang dan mereka juga sudah pasti punya azam yang sama untuk memberi khidmat bakti sepenuhnya kepada rakyat Kedah,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending