Connect with us

Terkini

RUU Kawalan Produk Merokok: Tiada halangan untuk individu 18 tahun ke atas menyumbang ‘statistik kematian’

Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 tidak menghalang mana-mana individu berumur lebih 18 tahun untuk merokok, sekalipun hanya untuk menyumbang kepada statistik kematian pra-matang melibatkan 27,000 rakyat Malaysia saban tahun akibat merokok.

Hidayah Sani

Published

on

RUU Kawalan Produk Merokok: Tiada halangan untuk individu 18 tahun ke atas menyumbang 'statistik kematian'
Foto: Doktor Farmasi Klinikal (PharmD), Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed.
  • Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 tidak menghalang mana-mana individu berumur lebih 18 tahun untuk merokok, sekalipun hanya untuk menyumbang kepada statistik kematian pra-matang melibatkan 27,000 rakyat Malaysia saban tahun akibat merokok.
  • Demikian kenyataan sarkastik Doktor Farmasi Klinikal (PharmD), Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed yang menegaskan RUU itu juga tidak menghalang kelompok berkenaan untuk merokok sekiranya mereka masih mahu meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit berkaitan tabiat merokok.
  • “Mahkamah dah putuskan tiada pelanggaran hak asasi bagi larangan merokok kepada generasi lahir 2007 dan seterusnya kerana ini melindungi mereka dan rakyat keseluruhan daripada bahaya produk tembakau,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada hari ini.
  • Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang dilaporkan membantah cadangan memperkenalkan RUU Kawalan Produk Merokok.

KUALA LUMPUR — Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 tidak menghalang mana-mana individu berumur lebih 18 tahun untuk merokok, sekalipun hanya untuk menyumbang kepada statistik kematian pra-matang melibatkan 27,000 rakyat Malaysia saban tahun akibat merokok.

Demikian kenyataan sarkastik Doktor Farmasi Klinikal (PharmD), Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed yang menegaskan RUU itu juga tidak menghalang kelompok berkenaan untuk merokok sekiranya mereka masih mahu meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit berkaitan tabiat merokok.

“Mahkamah dah putuskan tiada pelanggaran hak asasi bagi larangan merokok kepada generasi lahir 2007 dan seterusnya kerana ini melindungi mereka dan rakyat keseluruhan daripada bahaya produk tembakau,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang dilaporkan membantah cadangan memperkenalkan RUU Kawalan Produk Merokok.

Wan Saiful berkata ia melambangkan keinginan kerajaan mengawal gaya hidup dan menyekat kebebasan memilih rakyat serta mewujudkan kemungkinan undang-undang lain digunakan untuk mengawal kebebasan rakyat.

Katanya, sekiranya akta itu diluluskan, maka 100 peratus rokok dalam negara akan menjadi rokok seludup kerana produk berkenaan tidak lagi dapat dijual secara sah. 

Ia sekali gus menyebabkan kandungan dalam rokok itu tidak dapat dikawal oleh kerajaan hingga mengundang bahaya lebih besar dari hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Haniki berkata isu rokok seludup melibatkan kastam di mana ia perlu menangani ketirisan dan rasuah dengan efektif.

“Rokok seludup itu isu kastam –  perlu tangani ketirisan dan rasuah dengan efektif. Kalau Singapura boleh, kenapa Malaysia gagal? 

“Apa guna wakil rakyat dan ahli politik yang tidak prihatin kesihatan rakyat, sebaliknya menjadi jurucakap industri tembakau?” katanya yang dikenali lantang menyuarakan isu vape di Malaysia. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Mohamad Haniki Nik Mohamed

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending