Connect with us

Terkini

Rohingya paling ramai memandu tanpa lesen di Melaka

Senario warga asing yang tidak gentar dengan undang-undang negara berterusan apabila 25 orang diambil tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka kerana memandu tanpa lesen.

Wartawan TMT

Published

on

Rohingya paling ramai memandu tanpa lesen di Melaka
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Senario warga asing tidak gentar undang-undang negara berterusan apabila 25 orang diambil tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka kerana memandu tanpa lesen.
  • 23 buah motosikal dan dua buah kereta disita dalam Operasi Pemandu Warga Asing (PEWA) dilakukan sekitar Melaka Sentral petang kelmarin.
  • Pengarah JPJ Negeri, Muhammad Firdaus Shariff berkata, warga asing dikenakan kompaun RM300 setiap seorang melibatkan 16 etnik Rohingya, lapan Bangladesh dan seorang Pakistan.
  • Masalah warga asing memandu tanpa lesen semakin menunjukkan peningkatan.
  • Beliau berkata, sepanjang PEWA dijalankan Januari sehingga Julai lalu, sebanyak 283 kes dicatatkan.
  • “Etnik Rohingya paling ramai melakukan kesalahan memandu tanpa lesen seramai 63 orang diikuti Pakistan (9) dan Bangladesh (6). Kompaun dikutip atas kesalahan tersebut sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini adalah sebanyak RM84,900,” jelasnya.

MELAKA: Senario warga asing yang tidak gentar dengan undang-undang negara berterusan apabila 25 orang diambil tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka kerana memandu tanpa lesen.

Dalam Operasi Pemandu Warga Asing (PEWA) dilakukan selama dua jam di sekitar Melaka Sentral petang kelmarin, sebanyak 23 buah motosikal dan dua buah kereta disita.

Pengarah JPJ Negeri, Muhammad Firdaus Shariff berkata, warga asing yang dikenakan kompaun RM300 setiap seorang melibatkan 16 etnik Rohingya, lapan Bangladesh dan seorang Pakistan.

Menurutnya, kesemua mereka diambil tindakan kerana memandu tanpa sebarang lesen memandu yang sah.

“Pemilik kereta dan motosikal milik warga tempatan yang disewakan kepada warga asing ini juga turut dikenakan kompaun sebanyak RM300 dan kesemua kenderaan telah disita. Sewaktu ditahan mereka langsung tidak cuba melarikan diri malah secara rela ditahan dan dikenakan kompaun.

“Walaupun operasi yang dijalankan agak pendek selama dua jam namun tangkapan yang dilakukan petang semalam adalah tinggi,” katanya dalam sidang akhbar selepas Sesi Taklimat Khas E-ID Awam dan MYJPJ Bersama Pengamal Media Melaka di Ibu Pejabat JPJ negeri, Bukit Katil di sini, semalam.

Tambah Muhammad Firdaus, masalah warga asing memandu tanpa lesen semakin menunjukkan peningkatan.

Beliau berkata, sepanjang PEWA yang dijalankan sejak Januari sehingga Julai lalu, sebanyak 283 kes dicatatkan.

“Etnik Rohingya paling ramai melakukan kesalahan memandu tanpa lesen seramai 63 orang diikuti Pakistan (9) dan Bangladesh (6). Kompaun yang dikutip atas kesalahan tersebut sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini adalah sebanyak RM84,900,” jelasnya. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending