Connect with us

Terkini

PRN: Turun kempen bantu calon, bukan parti – KJ

Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan kehadiran beliau pada kempen calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Datuk Harisson Hassan, di Puncak Alam baru-baru ini, bukan tanda beliau menyokong parti itu. 

Wartawan TMT

Published

on

PRN: Turun kempen bantu calon, bukan parti – KJ
Foto: Gambar Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
  • Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan kehadiran beliau pada kempen calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Datuk Harisson Hassan, di Puncak Alam baru-baru ini, bukan tanda beliau menyokong parti itu. 
  • Sebaliknya, bekas Ketua Pemuda UMNO itu menjelaskan, beliau turun untuk semata-mata membantu dan menyokong Harisson, yang disifatkan sebagai rakan lama dalam perjuangan politiknya.
  • Khairy Jamaluddin berkata beliau berkempen untuk Harisson, yang juga pencadang kepada beliau ketika bertanding di Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu, sebagai membalas budi. 
  • Malah, katanya, selepas ini, beliau akan menyokong dan turun berkempen bagi calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan kehadiran beliau pada kempen calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Datuk Harisson Hassan, di Puncak Alam baru-baru ini, bukan tanda beliau menyokong parti itu. 

Sebaliknya, bekas Ketua Pemuda UMNO itu menjelaskan, beliau turun untuk semata-mata membantu dan menyokong Harisson, yang disifatkan sebagai rakan lama dalam perjuangan politiknya.

Katanya menerusi siaran podcast Keluar Sekejap malam tadi, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), terdapat ruang untuk menyokong calon bagi memberi fokus kepada isu tempatan dan masalah setempat.

“Untuk makluman pendengar, Keluar Sekejap akan kekal ‘keluar sekejap’ untuk tempoh agak lama. Saya turun ke Jeram baru-baru ini untuk membantu calon, bukan untuk memilih parti. 

“Ramai yang kata saya turun membantu PN dan sebagainya, tetapi saya rasa, dalam pertandingan negeri ini, ada ruang untuk kita sokong calon dan Harrison. 

“Saya nak terangkan, sebab, kita di (peringkat) Parlimen, (ialah bagi) pembentukan Kerajaan Persekutuan. Tetapi di negeri, banyak fokus kepada isu tempatan, kehidupan harian, masalah setempat. 

“Yang mana, saya rasa, pemilihan itu jangan hanya berkisar kepada bendera parti, tetapi kepada calon. Atas semangat tersebut, untuk kali ini, saya sokong calon. 

“Saya pergi ke Jeram sebab calonnya adalah Datuk Harisson Hassan,” katanya dipetik Astro Awani.

Khairy Jamaluddin berkata beliau berkempen untuk Harisson, yang juga pencadang kepada beliau ketika bertanding di Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu, sebagai membalas budi. 

Malah, katanya, selepas ini, beliau akan menyokong dan turun berkempen bagi calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Katanya, beliau akan menyokong rakan seperjuangannya itu kerana berpendapat Reezal adalah calon terbaik bagi DUN tersebut.

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending