Connect with us

Politik

5 Ahli Lembaga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif MAHB tidak setuju dengan penjualan saham syarikat 

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin
  • Seramai lima Ahli Lembaga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menyatakan rasa tidak setuju dengan penjualan saham syarikat tersebut dan mengesyorkan kepada para pemegang saham yang lain untuk menolak tawaran pembelian saham berkenan.
  • Perkara itu disahkan oleh Kandungan Independent Advice Circular (IAC) yang bertarikh 20 Disember 2024 berkaitan penjualan saham MAHB menerusi pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di dalam kenyataan media di Facebooknya hari ini.
  • Hamza bersama Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang lain menentang keras penjualan saham MAHB supaya MAHB kekal sebagai sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia bagi memastikan ketelusan dan tatakelola yang baik.

KUALA LUMPUR —  Seramai lima Ahli Lembaga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menyatakan rasa tidak setuju dengan penjualan saham syarikat tersebut dan mengesyorkan kepada para pemegang saham yang lain untuk menolak tawaran pembelian saham berkenaan.

Perkara itu disahkan oleh Kandungan Independent Advice Circular (IAC) yang bertarikh 20 Disember 2024 berkaitan penjualan saham MAHB menerusi pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di dalam kenyataan media di Facebooknya hari ini.

“Kandungan Independent Advice Circular (IAC) bertarikh 20 Disember 2024 berkaitan penjualan saham MAHB mendedahkan bahawa semua lima orang Ahli Lembaga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif tidak bersetuju dengan penjualan saham tersebut dan mereka mengesyorkan kepada para pemegang saham menolak tawaran pembelian saham tersebut,” katanya.

Hamzah turut menyifatkan, penawaran yang dibuat amat tidak adil dan tidak mencerminkan potensi serta jaringan besar 39 lapangan terbang di bawah MAHB.

“Berdasarkan rekod, bilangan penumpang yang dikendalikan oleh MAHB Group sehingga September 2024 telah mencecah 101.2 juta penumpang.

“Pendapatan MAHB Group juga meningkat 20.3 peratus kepada RM4.26 billion sehingga September 2024 berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2023. Keuntungan selepas cukai juga melonjak sebanyak 137 peratus kepada RM606.3 juta sehingga September 2024 berbanding September 2023,

“Ianya juga tidak mengiktiraf momentum pertumbuhan yang dibina MAHB melalui strategi dan hala tuju yang jelas,” katanya.

Menurutnya, sebagai ‘angsa emas’ dan salah satu aset strategik negara yang penting, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mesti kekal menjadi milik rakyat Malaysia.

Justeru, beliau bersama Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang lain menentang keras penjualan saham MAHB supaya MAHB kekal sebagai sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia bagi memastikan ketelusan dan tatakelola yang baik.

Menerusi kenyataan yang sama, Hamzah turut menyambut baik keputusan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang bersedia untuk memulakan prosiding bagi meneliti dan memanggil kesemua pihak yang terlibat dalam urus niaga MAHB adalah langkah yang tepat.

“Prosiding PAC berupaya untuk memperolehi keterangan dan maklumat terperinci daripada setiap individu terlibat dalam membuat keputusan berkaitan penjualan saham MAHB kepada pihak luar,” kata Hamzah.

Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin memaklumkan pihaknya akan menyiasat kes pengurusan lapangan terbang, termasuk cadangan pengambilalihan MAHB.

Mas Ermieyati berkata , PAC bercadang memulakan prosiding sebaik sahaja Dewan Rakyat bersidang semula pada awal Februari tahun depan. – The Merdeka Times

Author