Connect with us

Terkini

PRN: Tukar kerajaan negeri, masalah air tetap tidak dapat diselesaikan – Timbalan Menteri Besar Kelantan

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah melihat pertukaran kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini tidak akan mampu menyelesaikan isu bekalan air yang sudah berlaku sejak sekian lama.

Wartawan TMT

Published

on

PRN: Tukar kerajaan negeri, masalah air tetap tidak dapat diselesaikan - Timbalan Menteri Besar Kelantan
Foto: Gambar Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.
  • Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah melihat pertukaran kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini tidak akan mampu menyelesaikan isu bekalan air yang sudah berlaku sejak sekian lama.
  • Mohd. Amar berkata, beliau hairan setiap kali gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) berceramah mereka akan terus membangkitkan isu masalah air, namun perkara itu bukan manifesto mereka untuk PRN kali ini.
  • “Tapi yang keluar parkir percuma, diskaun cukai. Patutnya jelaskan bagaimana nak selesaikan isu air, apa yang mahu dilakukan bagi menyelesaikan masalah air.”
  • “Apa perancangan, pelan dan belanja yang diperlukan, barulah nampak jantan,” katanya semasa berucap pada Ceramah Akhir PRN Kelantan di Dataran Kemuning, di sini malam tadi.
  • “Dia tidak sedar (BN) khianat (sekat peruntukan)…sepanjang 10 tahun kita (Kerajaan Kelantan) tidak dapat peruntukan. Negeri yang ditadbir pun mereka (BN-PH) gagal mengatasi perkara tersebut,” ujarnya.

MACHANG: Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah melihat pertukaran kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini tidak akan mampu menyelesaikan isu bekalan air yang sudah berlaku sejak sekian lama.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Mohd. Amar berkata, beliau hairan setiap kali gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) berceramah mereka akan terus membangkitkan isu masalah air, namun perkara itu bukan manifesto mereka untuk PRN kali ini.

“Tapi yang keluar parkir percuma, diskaun cukai. Patutnya jelaskan bagaimana nak selesaikan isu air, apa yang mahu dilakukan bagi menyelesaikan masalah air.

“Apa perancangan, pelan dan belanja yang diperlukan, barulah nampak jantan,” katanya semasa berucap pada Ceramah Akhir PRN Kelantan di Dataran Kemuning, di sini malam tadi.

Mohd. Amar memberitahu, jika pentadbiran Kelantan diserahkan kepada gabungan BN-PH ia tetap akan bermasalah. 

“Bagi dekat PH…Pulau Pinang, Selangor, tiada ada masalah air ke?. Mereka kata kita pusing (isu), tapi itulah hakikat sebenarnya. Sebab tukar nak selesaikan masalah air, bagi dekat PAS sudah 30 tahun air tidak dapat diselesaikan.

“Dia tidak sedar (BN) khianat (sekat peruntukan)…sepanjang 10 tahun kita (Kerajaan Kelantan) tidak dapat peruntukan. Negeri yang ditadbir pun mereka (BN-PH) gagal mengatasi perkara tersebut,” ujarnya.

Masalah air bukanlah perkara baharu malah ia sudah menjadi ‘duri dalam daging’ buat seluruh rakyat di negeri ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Aman Palestin siapkan tiga projek mega di Syria dalam tempoh sekatan akaun

Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.
  • Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.
  • Biarpun projek itu berjaya disiapkan, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta dan menggesa sekatan ke atas akaunnya dapat dihentikan untuk menyempurnakan transaksi tersebut.

KUALA LUMPUR – Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.

Foto : Projek saluran air.

“Projek yang didirikan antaranya Projek Saluran Air Bersih dari Sungai Furat ke Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa projek selama 15 bulan membabitkan kos USD659,000 (RM3.16 juta).

Foto: Masjid Ghafur.

”Pembinaan Masjid Al-Ghafour, Al-Bab dengan jangka masa pembinaan selama 7 bulan membabitkan kos USD130,000 (RM623,000).

Foto: Pusat Komuniti.

“Projek Pusat Komuniti Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa pembinaan selama 18 bulan, membabitkan kos sebanyak USD259,612 (RM1.24 juta),” katanya di sini hari ini.

Biarpun projek itu berjaya disiapkan dan berakhir sekitar November dan Disember tahun lalu, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta untuk menyempurnakan transaksi projek tersebut.

“Walaupun projek mega Aman Palestin ini telah berjaya disiapkan, Aman Palestin masih mempunyai hutang perlu dilunaskan sebanyak USD 400,000 (RM1.918 juta) untuk projek saluran air bersih berikutan akaun Aman Palestin yang disekat dan tidak mampu membayar hutang tersebut.

“Pembinaan projek-projek ini jelas tujuannya untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk di sekitar Jarablus dan Al-Bab serta memberikan perkembangan yang terbaik dalam taraf hidup masyarakat di sana. 

“Dengan projek ini, Aman Palestin meletakkan harapan agar para penduduk yang mendapat manfaat dapat menggunakan kemudahan dengan sebaiknya demi kelangsungan hidup yang lebih baik.

“Dalam masa yang sama, Aman Palestin menggesa agar akaun Aman Palestin dapat dinyahbekukan dengan segera berikutan ramai lagi saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman yang ketika ini amat memerlukan bantuan daripada kita untuk terus hidup,” kata NGO itu. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending