Connect with us

Terkini

PM alu-alukan negeri pembangkang untuk bekerjasama 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kerajaan negeri pembangkang yang mahu bekerjasama dengan kerajaan pusat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih banyak rumah mampu milik akan dibina di Kuala Lumpur – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja MADANI di Desa Tasik Sungai Besi, WPKL.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kerajaan negeri pembangkang yang mahu bekerjasama dengan kerajaan pusat namun ia bergantung kepada sikap kepimpinan negeri tersebut.
  • “Saya mahu pastikan semangat tatakelola itu betul, jika mahu wang untuk orang miskin, bagi kepada orang miskin. Jangan agihkan kepada orang lain, saya sangat tegaskan bab ini,” kata Anwar kepada pemberita pada Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja MADANI di Desa Tasik Sungai Besi, di sini.
  • Tawaran itu dibuat kepada empat negeri pembangkang iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kerajaan negeri pembangkang yang mahu bekerjasama dengan kerajaan pusat.

Namun, ia bergantung kepada sikap kepimpinan negeri tersebut.

“Terserah kepada sikap mereka. Kalau mahu kerjasama, saya akan pastikan mereka mengikut kaedahnya. Ini bukan hanya dari segi kenyataan sahaja tetapi tindakannya. 

“Saya mahu pastikan semangat tatakelola itu betul, jika mahu wang untuk orang miskin, bagi kepada orang miskin. Jangan agihkan kepada orang lain, saya sangat tegaskan bab ini,” kata Anwar kepada pemberita pada Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja MADANI di Desa Tasik Sungai Besi, di sini.

Tambah beliau lagi, terdapat beberapa syarat yang perlu dipersetujui dalam menjayakan kerjasama itu.

Tawaran itu dibuat kepada empat negeri pembangkang iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, Anwar Ibrahim turut menyelar tindakan tidak rasional Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Jelasnya, gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) masih menguasai majoriti di Parlimen dan beliau tidak perlu untuk meletakkan jawatan.

“Kita kekal kemenangan di tiga negeri dan kita masih dapat sokongan 2/3 majoriti ahli Parlimen. Apa yang kamu fikirkan? Lebih baik kamu tumpu kepada urusan kes mahkamah,” tambah Anwar.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa rakyat menolak Kerajaan Perpaduan bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas PRU DUN ke-15, yang menyaksikan Perikatan Nasional menang di tiga buah negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sumber: Berita RTM

Author