Terkini
PERKESO, Lembaga zakat Kedah kerjasama bantu keselamatan sosial asnaf
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) menerusi “Program Social Synergy” sebagai usaha membantu golongan asnaf mendapat rangkaian manfaat keselamatan sosial.
- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) menerusi “Program Social Synergy” sebagai usaha membantu golongan asnaf mendapat rangkaian manfaat keselamatan sosial.
- Memorandum itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, manakala Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) LZNK Dr Mohd Faisal Mustaffa mewakili lembaga zakat itu.
- Mohammed Azman berkata rangkaian program dijadualkan dilaksanakan melalui pemeteraian memorandum itu seperti Perkongsian Data serta Program Kesedaran Perlindungan Keselamatan Sosial yang meliputi semua skim disediakan PERKESO.
- “Selain itu, intervensi pasaran buruh bersama Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO, program kesedaran pembayaran zakat dalam kalangan majikan dan pekerja serta program-program perlindungan keselamatan sosial yang berkaitan bakal diadakan secara bersama,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani MoC itu di sini hari ini.
- Skim itu termasuk Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kepada usahawan di Kedah.
ALOR SETAR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) menerusi “Program Social Synergy” sebagai usaha membantu golongan asnaf mendapat rangkaian manfaat keselamatan sosial.
Memorandum itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, manakala Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) LZNK Dr Mohd Faisal Mustaffa mewakili lembaga zakat itu.
Mohammed Azman berkata rangkaian program dijadualkan dilaksanakan melalui pemeteraian memorandum itu seperti Perkongsian Data serta Program Kesedaran Perlindungan Keselamatan Sosial yang meliputi semua skim disediakan PERKESO.
Skim itu termasuk Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kepada usahawan di Kedah.
“Selain itu, intervensi pasaran buruh bersama Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO, program kesedaran pembayaran zakat dalam kalangan majikan dan pekerja serta program-program perlindungan keselamatan sosial yang berkaitan bakal diadakan secara bersama,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani MoC itu di sini hari ini.
Mohammed Azman berkata LZNK akan bertanggungjawab menguruskan segala perkara berkaitan aktiviti pentaksiran, pemungutan dan pengagihan zakat serta pemberian bantuan kebajikan dan perlindungan khususnya golongan asnaf di Kedah.
Beliau berkata kerjasama itu akan menjadi wadah membantu lapan golongan sebagai penerima zakat sekali gus menjamin aspek kesejahteraan yang saksama di negara ini.
” … saya juga percaya kerjasama ini bukan sekadar membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga secara tidak langsung berjaya meningkatkan kemahiran anggota dalam kalangan agensi yang terlibat dalam program ini. Tanpa disedari sebenarnya mereka dilatih menjadi ‘social security practitioners’,” katanya.
Beliau berkata lebih 22,000 penyaluran prospek kepada pelbagai agensi di bawah “Program Social Synergy” melalui Sistem MySynergy telah berjaya dilaksanakan bagi tempoh 2019 hingga hari ini. – BERNAMA
Sumber: Bernama