Connect with us

Antarabangsa

Pempengaruh China sumbang mahram dengan adiknya sehingga mengandung

Seorang pempengaruh Douyin (TikTok versi China) yang berusia 19 tahun mengaku melakukan sumbang mahram dengan adik perempuannya yang berumur 18 tahun.

Wartawan TMT

Published

on

Pempengaruh China sumbang mahram dengan adiknya sehingga mengandung
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang pempengaruh Douyin (TikTok versi China) yang berusia 19 tahun mengaku melakukan sumbang mahram dengan adik perempuannya yang berumur 18 tahun.
  • Menurut laporan Oriental Daily, pempengaruh, @Shui Gui Ge Ge berkongsi beberapa swafoto bersama adik perempuannya @Xi Xie Er yang mengandung di platform Douyin.
  • Oleh kerana adik-beradik tidak boleh mendaftar perkahwinan, dia merancang untuk mengahwini teman wanitanya selepas adiknya melahirkan anak dan kemudian mendaftarkan anak itu sebagai anaknya dan teman wanitanya.

Seorang pempengaruh Douyin (TikTok versi China) yang berusia 19 tahun mengaku melakukan sumbang mahram dengan adik perempuannya yang berumur 18 tahun.

Menurut laporan Oriental Daily, pempengaruh, @Shui Gui Ge Ge berkongsi beberapa swafoto bersama adik perempuannya @Xi Xie Er yang mengandung di platform Douyin.

Selain gambar bercium, dia juga berkongsi gambar kit ujian kehamilan yang menandakan keputusan positif serta gambar perut adiknya.

“Kami adik-beradik kerana darah, kami suami isteri kerana anak.

“Jangan salah faham, kami bukan pasangan, tetapi adik beradik,” kata @Shui Gui Ge Ge dalam video yang dikongsikannya.

Pada masa sama, dia mempunyai seorang teman wanita. Dia mendakwa teman wanitanya tidak sudi untuk melahirkan anak.

“Memang adik perempuan saya lebih baik. Teman wanita ini tidak mahu melahirkan anak untuk saya. Kelakar betul. Adik saya pun boleh melahirkan anak untuk saya,” katanya.

Oleh kerana adik-beradik tidak boleh mendaftar perkahwinan, dia merancang untuk mengahwini teman wanitanya selepas adiknya melahirkan anak dan kemudian mendaftarkan anak itu sebagai anaknya dan teman wanitanya.

Sumber: Oriental Daily

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending