Connect with us

Terkini

(VIDEO) Pakar nasihatkan pesakit batuk kokol dikuarantin

Individu yang didiagnosis jangkitan pertussis atau batuk kokol perlu diisolasi atau dikuarantin bagi mengelak penyakit berkenaan merebak dalam kalangan masyarakat terutama kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Pakar nasihatkan pesakit batuk kokol dikuarantin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Individu yang didiagnosis jangkitan pertussis atau batuk kokol perlu diisolasi atau dikuarantin bagi mengelak penyakit berkenaan merebak dalam kalangan masyarakat terutama kanak-kanak.
  • Pakar epidemiologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, kumpulan berisiko dijangkiti penyakit tersebut adalah kanak-kanak berusia kurang 12 tahun manakala gejala lebih teruk berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak berumur bawah lima tahun.
  • Pakar Pengurusan Risiko Keselamatan dan Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin pula berkata, selain kaedah kuarantin, usaha mencegah kadar penyebaran batuk kokol adalah menerusi pendekatan bekerja dari rumah.
  • Kaedah itu perlu diadaptasi di peringkat industri apabila terdapat pekerja mengalami gejala melibatkan saluran respiratori dan demam bagi mencegah penularan penyakit tersebut terutama individu mempunyai imunisasi lemah, kata Shamsul Bahari.

KUALA LUMPUR: Individu yang didiagnosis jangkitan pertussis atau batuk kokol perlu diisolasi atau dikuarantin bagi mengelak penyakit berkenaan merebak dalam kalangan masyarakat terutama kanak-kanak.

Pakar epidemiologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, kumpulan berisiko dijangkiti penyakit tersebut adalah kanak-kanak berusia kurang 12 tahun manakala gejala lebih teruk berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak berumur bawah lima tahun.

“Penyakit ini lebih tinggi risiko sekiranya dijangkiti dalam kalangan kanak-kanak yang belum atau tidak mengambil vaksin pertussis. Kanak-kanak yang belum divaksin (masih sihat) disyorkan tidak terdedah kepada persekitaran berisiko untuk tempoh lima hari hingga maksimum 21 hari.

“Batuk kokol ini kebiasaannya mengambil masa satu atau dua minggu (untuk muncul) selepas seseorang itu terdedah kepada punca jangkitan dan ada tiga fasa. Pada permulaan pesakit akan mengalami demam, selesema biasa berlarutan, selepas itu batuk teruk, berulang dan susah bernafas seterusnya bunyi batuk yang nyaring,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, sekiranya batuk kokol menjangkiti bayi berusia kurang setahun, bayi tidak akan mengalami batuk, namun kebiasaannya akan menunjukkan gejala kurang bermaya dan tiba-tiba menjadi biru disebabkan mengalami masalah pernafasan.

“Apa berlaku, pertussis ini ada bakteria penyebab (Bordetella pertussis) yang mengeluarkan toksin mengakibatkan kerosakan sel pada saluran pernafasan, jadi apabila berlaku jangkitan biasanya ada kahak yang ingin dikeluarkan tetapi tidak boleh disebabkan sel tersebut rosak.

“Oleh itu, badan kita akan beralih kepada batuk dan cuba keluarkan kahak dengan begitu sukar sehingga menyebabkan seseorang itu boleh muntah. Kanak-kanak pula akan mendapat apnea iaitu pernafasan tiba-tiba terhenti dan sekiranya berlaku dengan kerap boleh menyebabkan kematian,” katanya.

Beliau berkata, penyakit berkenaan ditularkan melalui titis rembesan batuk dan bersin melalui udara atau kontak langsung cecair nasal (hingus), air liur atau air mata manakala toksin dikeluarkan bakteria tersebut merosakkan sel paru-paru dan menyebabkan kahak atau rembesan daripada paru-paru gagal dikeluarkan.

Sementara itu, Pakar Pengurusan Risiko Keselamatan dan Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin berkata, selain kaedah kuarantin, usaha mencegah kadar penyebaran batuk kokol adalah menerusi pendekatan bekerja dari rumah.

Beliau berkata, kaedah itu perlu diadaptasi di peringkat industri apabila terdapat pekerja mengalami gejala melibatkan saluran respiratori dan demam bagi mencegah penularan penyakit tersebut terutama kepada individu mempunyai imunisasi lemah.

“Apa-apa penyakit berkaitan saluran pernafasan perlu diberi perhatian. Apabila merasakan diri tidak sihat, demam, batuk, selesema atau ada gejala seperti batuk kokol yang dinyatakan, maka elakkan diri daripada mempunyai hubungan langsung dengan individu lain,” katanya.

Menurutnya, penjaga pesakit terutamanya bagi kanak-kanak yang dijangkiti perlu diberi layanan sama seperti perlu dikuarantin atau bekerja dari rumah kerana telah ada kontak secara langsung dengan pendedahan bakteria tersebut.

Beliau turut mencadangkan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengoptimumkan aplikasi MySejahtera dalam usaha berkongsikan maklumat tentang penyakit tersebut dengan rakyat.

“Perkongsian maklumat kes jangkitan semasa, risiko penularan jangkitan, kawasan berisiko, status vaksinasi pertussis serta maklumat berkaitan harus dilakukan dengan berterusan. Aktifkan semua kaedah pemantauan dan pelaksanaan SOP (prosedur operasi standard) di kawasan jangkitan,” katanya.

Pada Sabtu lepas, Jabatan Kesihatan Pahang mengesahkan satu kes jangkitan pertussis melibatkan seorang ibu serta dua anaknya di Kampung Bahagia, Rompin dan keadaan adalah terkawal. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending