Connect with us

Terkini

Melaka mohon hutang kerajaan negeri ditukar kepada geran

Kerajaan Negeri Melaka memohon agar kerajaan Persekutuan dapat menimbang semula permohonannya bagi menukar status pinjaman berjumlah RM633.31 juta kepada bentuk geran, memandangkan kebanyakan pinjaman itu dibuat bagi tujuan keperluan asas, kebajikan dan sosial rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Melaka mohon hutang kerajaan negeri ditukar kepada geran
Foto: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
  • Kerajaan Negeri Melaka memohon kerajaan Persekutuan dapat menimbang semula permohonannya bagi menukar status pinjaman berjumlah RM633.31 juta kepada bentuk geran, memandangkan kebanyakan pinjaman itu dibuat bagi tujuan keperluan asas, kebajikan dan sosial rakyat.
  • Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pinjaman dengan kerajaan Persekutuan itu dibuat sebagai sumber peruntukan oleh kerajaan negeri bagi tujuan-tujuan berkenaan, yang dimeterai sejak 1970an hingga 2015.
  • Beliau berkata sehingga kini ada 50 pinjaman yang masih belum selesai dengan baki pinjaman pokok berjumlah RM633.31 juta, dipinjam bagi tujuan menyediakan kemudahan asas seperti sumber air, perumahan awam kos rendah, pelaksanaan projek pembangunan seperti projek Industri Kecil dan Sederhana (IKS), kawasan perindustrian dan kompleks sukan.
  • “Justeru, kerajaan negeri sangat berharap agar Kementerian Kewangan (MoF) dapat mempertimbangkan permohonan ini sewajarnya dengan mengambil kira keupayaan kewangan kerajaan negeri Melaka,” katanya ketika berucap pada Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

MELAKA — Kerajaan Negeri Melaka memohon agar kerajaan Persekutuan dapat menimbang semula permohonannya bagi menukar status pinjaman berjumlah RM633.31 juta kepada bentuk geran, memandangkan kebanyakan pinjaman itu dibuat bagi tujuan keperluan asas, kebajikan dan sosial rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pinjaman dengan kerajaan Persekutuan itu dibuat sebagai sumber peruntukan oleh kerajaan negeri bagi tujuan-tujuan berkenaan, yang dimeterai sejak 1970 an hingga 2015.

Beliau berkata sehingga kini ada 50 pinjaman yang masih belum selesai dengan baki pinjaman pokok berjumlah RM633.31 juta, dipinjam bagi tujuan menyediakan kemudahan asas seperti sumber air, perumahan awam kos rendah, pelaksanaan projek pembangunan seperti projek Industri Kecil dan Sederhana (IKS), kawasan perindustrian dan kompleks sukan.

“Justeru, kerajaan negeri sangat berharap agar Kementerian Kewangan (MoF) dapat mempertimbangkan permohonan ini sewajarnya dengan mengambil kira keupayaan kewangan kerajaan negeri Melaka,” katanya ketika berucap pada Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Sementara itu Ab Rauf berkata kerajaan negeri juga memerlukan insentif daripada kerajaan Persekutuan untuk pembinaan infrastruktur dan utiliti di kawasan Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ), membabitkan pembinaan lebuh raya utama inter-wilayah yang dapat dilibatkan ke kawasan berkenaan.

Beliau berkata pengwujudan M-WEZ dilihat berpotensi besar untuk memperkukuh ekonomi negara serta menjadikan kawasan persisiran pantai Melaka sebagai pelengkap kepada wilayah-wilayah ekonomi sedia ada seperti Iskandar Johor dan Malaysian Vision Valley (MVV) Negeri Sembilan.

“Kerajaan negeri juga berharap agar kerajaan Persekutuan dapat menyalurkan peruntukan berjumlah RM30 juta untuk membantu mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) sebagai agenda utama promosi pelancongan di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Selain itu, kerajaan negeri turut memerlukan peruntukan RM12 juta bagi melaksanakan kajian trafik serta mengindahkan jalan-jalan utama negeri Melaka sempena TMM 2024,” katanya. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending