Connect with us

Terkini

MCA dakwa Hui Ying cuba justifikasi kesalahannya dalam isu modul hadis 

MCA mendakwa Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying cuba menjustifikasi (membetulkan) kesalahannya dalam menyembunyikan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melaksanakan modul penghayatan hadis di sekolah rendah Cina dan Tamil.

Adam Tan

Published

on

MCA dakwa Hui Ying cuba justifikasi kesalahannya dalam isu modul hadis 
Foto: Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting (kiri) & Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying (kanan).
  • MCA mendakwa Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying cuba menjustifikasi (membetulkan) kesalahannya dalam menyembunyikan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melaksanakan modul penghayatan hadis di sekolah rendah Cina dan Tamil.
  • Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting mendakwa Hui Ying dilaporkan berkata modul 40 Hadis Imam Al-Nawawi serupa dengan “Di Zi Gui” yang diajarkan kepada pelajar Cina untuk memupuk nilai ketaatan kepada ibu bapa dan adab.
  • Beliau mempersoalkan sama ada penjelasan Hui Ying adalah cubaan untuk memujuk sekolah rendah Cina dan Tamil untuk menerima modul itu.
  • “Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan berketurunan Cina, Lim Hui Ying sepatutnya menjadi penjaga pertama yang mempertahankan sekolah rendah Cina, bukannya menutup mata tatkala tahu (hak) sekolah rendah Cina akan diceroboh, malah cuba menjustifikasi perkara yang tidak munasabah,” kata Nicole Wong dalam kenyataan di laman sesawang rasmi MCA pada Selasa.

KUALA LUMPUR – MCA mendakwa Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying cuba menjustifikasi (membetulkan) kesalahannya dalam menyembunyikan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melaksanakan modul penghayatan hadis di sekolah rendah Cina dan Tamil.

Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting mendakwa Hui Ying dilaporkan berkata modul 40 Hadis Imam Al-Nawawi serupa dengan “Di Zi Gui” yang diajarkan kepada pelajar Cina untuk memupuk nilai ketaatan kepada ibu bapa dan adab.

Beliau mempersoalkan sama ada penjelasan Hui Ying adalah cubaan untuk memujuk sekolah rendah Cina dan Tamil untuk menerima modul itu.

“Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan berketurunan Cina, Lim Hui Ying sepatutnya menjadi penjaga pertama yang mempertahankan sekolah rendah Cina, bukannya menutup mata tatkala tahu (hak) sekolah rendah Cina akan diceroboh, malah cuba menjustifikasi perkara yang tidak munasabah,” kata Nicole Wong dalam kenyataan di laman sesawang rasmi MCA pada Selasa.

Beliau berkata perkara yang paling serius adalah Menteri Pendidikan  mengumumkan modul penghayatan hadis itu akan diperluaskan ke sekolah lain di bawah KPM tanpa memberitahu sekolah rendah Cina dan Tamil, pertubuhan agama, malah kabinet.

Nicole Wong berkata sekolah lain di bawah KPM, termasuk sekolah rendah Cina dan Tamil, majoritinya terdiri daripada pelajar bukan Islam. 

Menurutnya, jika KPM berkeras untuk berbuat demikian, ia akan melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi kebebasan beragama.

Advertisement

Beliau turut mengingatkan masyarakat Cina dan pertubuhan pendidikan Cina bahawa semasa 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan, KPM juga cuba memasukkan unit seni khat di dalam buku teks Bahasa Melayu.

“Sewaktu kontroversi unit tulisan jawi, pertubuhan pendidikan Cina dan agama pernah dituduh oleh pemimpin DAP ketika itu sebagai memperbesar isu itu dan Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu Teo Nie Ching juga cuba untuk memperdaya dan memujuk masyarakat Cina masyarakat menerimanya. 

“Akhirnya, mujurlah, di bawah usaha gigih semua lapisan masyarakat, pihak berkuasa kemudiannya mengurangkan dari enam muka surat kepada tiga muka surat,” kata Ketua Pemuda MCA itu. – The Merdeka Times

Sumber: Laman rasmi MCA

Author

Advertisement

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending