Connect with us

Terkini

Mat Sabu dakwa PAS tolak DAP bukan sebab hudud, tapi mahu bersama UMNO

Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa punca parti itu memutuskan hubungan dengan DAP kerana parti itu menolak hudud adalah satu pembohongan dan tidak benar sama sekali.

Wartawan TMT

Published

on

Mat Sabu dakwa PAS tolak DAP bukan sebab hudud, tapi mahu bersama UMNO
Foto: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu (kiri), & Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang (kanan).
  • Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa punca parti itu memutuskan hubungan dengan DAP kerana parti itu menolak hudud adalah satu pembohongan dan tidak benar sama sekali.
  • Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Abdul Hadi tidak menceritakan perkara sebenar punca PAS tidak lagi bekerjasama dengan DAP kerana parti itu mahu bersama UMNO selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2013.
  • Beliau mendakwa, PAS memutuskan kerjasama dengan DAP kerana berhasrat mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan perkara itu dipersetujui dalam perbincangan Muktamar PAS pada 2015.
  • “Ini kerana hal hudud telah dipersetujui dalam perbicangan sebelum itu (bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat) pada 29 September 2011 di Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Mereka yang hadir bagi pihak PAS adalah saya, Hadi Awang, (Datuk Seri) Dr Dzulkefly (Ahmad).
  • “Bagi pihak DAP wakil yang datang adalah (Tan Sri) Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Anthony Loke manakala pihak Keadilan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan beberapa lagi,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Khas Membongkar Pembohongan Hadi Awang di Taman Sri Kaseh malam semalam.

MUAR – Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa punca parti itu memutuskan hubungan dengan DAP kerana parti itu menolak hudud adalah satu pembohongan dan tidak benar sama sekali.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Abdul Hadi tidak menceritakan perkara sebenar punca PAS tidak lagi bekerjasama dengan DAP kerana parti itu mahu bersama UMNO selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2013.

Beliau mendakwa, PAS memutuskan kerjasama dengan DAP kerana berhasrat mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan perkara itu dipersetujui dalam perbincangan Muktamar PAS pada 2015.

“Melalui perbincangan yang panjang tiba-tiba diisytiharkan PAS putus hubungan dengan DAP, tak timbul masalah hudud tak hudud ni.

“Ini kerana hal hudud telah dipersetujui dalam perbicangan sebelum itu (bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat) pada 29 September 2011 di Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Mereka yang hadir bagi pihak PAS adalah saya, Hadi Awang, (Datuk Seri) Dr Dzulkefly (Ahmad).

“Bagi pihak DAP wakil yang datang adalah (Tan Sri) Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Anthony Loke manakala pihak Keadilan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan beberapa lagi,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Khas Membongkar Pembohongan Hadi Awang di Taman Sri Kaseh malam semalam.

Beliau berkata, menerusi perbincangan tersebut semua parti mencapai keputusan bersetuju dalam beberapa perkara seperti melawan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menjadi kerajaan yang bagus, melawan rasuah dan menjunjung Perlembagaan.

Katanya, hanya dua perkara yang tidak dipersetujui dalam perbincangan itu dan satu daripadanya adalah isu hudud serta semua parti selepas itu setuju untuk meneruskan kerjasama politik termasuk PAS.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending