Connect with us

Terkini

Malaysia mampu jadi ‘jaguh’ industri Ekonomi Digital Islam

Ekonomi Digital Islam (IDE) berpotensi menjadi pemacu utama membangunkan industri dan bidang pertumbuhan baharu di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Wartawan TMT

Published

on

Malaysia mampu jadi ‘jaguh’ industri Ekonomi Digital Islam
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (dua dari kanan).
  • Ekonomi Digital Islam (IDE) berpotensi menjadi pemacu utama membangunkan industri dan bidang pertumbuhan baharu di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
  • Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata IDE mempunyai potensi besar dari segi nilainya dan Malaysia mampu menjadi jaguh dalam industri ini.
  • Beliau berkata, ini berdasarkan kepada kedudukan negara sebagai peneraju Ekonomi Digital dan Ekonomi Islam selama ini.
  • Katanya, terdapat tiga potensi dalam industri IDE iaitu teknologi kewangan, gaya hidup dan halal, justeru pembabitan bersama usahawan sangat digalakkan bagi membolehkan industri IDE dapat dikembangkan.
  • “IDE berpotensi menjadi antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kelak,” katanya selepas melancarkan Persidangan Industri Ekonomi Digital Islam 2023 di sini, hari ini. 

KUALA LUMPUR: Ekonomi Digital Islam (IDE) berpotensi menjadi pemacu utama membangunkan industri dan bidang pertumbuhan baharu di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata IDE mempunyai potensi yang besar dari segi nilainya dan Malaysia mampu untuk menjadi jaguh dalam industri ini.

Beliau berkata, ini berdasarkan kepada kedudukan negara sebagai peneraju Ekonomi Digital dan Ekonomi Islam selama ini.

Katanya, terdapat tiga potensi dalam industri IDE iaitu teknologi kewangan, gaya hidup dan halal, justeru pembabitan bersama usahawan sangat digalakkan bagi membolehkan industri IDE dapat dikembangkan.

“Malaysia ketika ini menjadi peneraju utama dalam ekonomi Islam dalam pelbagai bidang. Malah, kerajaan juga ingin melaksanakan pelbagai langkah bagi membolehkan negara terus menjadi teraju utama dalam ekonomi Islam.

“IDE berpotensi menjadi antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kelak,” katanya selepas melancarkan Persidangan Industri Ekonomi Digital Islam 2023 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, inisiatif IDE juga bakal menjadi pelengkap kepada Ekonomi MADANI yang bekerjasama menggalakkan pembangunan ekonomi digital di Malaysia.

Beliau berkata, IDE berdiri sebagai mercu tanda keterangkuman, merangkumi Malaysia MADANI sebagai visi untuk sebuah masyarakat yang saksama yang menyeru kepada pengagihan kekayaan dan sumber yang lebih adil.

Katanya, kepentingan IDE tidak boleh dilemahkan kerana ia bukan sahaja menggunakan potensi ditawarkan teknologi itu, tetapi turut memasukkan prinsip-prinsip Islam.

“Sejajar dengan langkah itu, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memperkenalkan Malaysia Digital Tasree (MD Tasree) untuk menerajui pembabitan industri pengesahan idea dan mempromosikan projek perintis yang akan membawa ke arah skala dan pengkomersilan berkaitan penyelesaian teknologi IDE,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz, berkata IDE juga salah satu daripada sembilan bidang tumpuan utama di bawah inisiatif strategik nasional, Malaysia Digital (MD) dalam membantu MDEC memastikan hala tuju yang tepat menerusi Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN).

Beliau berkata, Malaysia kekal sebagai peneraju Penunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) selama sembilan tahun berturut-turut, dipacu ekosistem halal yang pesat dalam sektor kewangan Islam, industri makanan-farmaseutikal-kosmetik halal, pelancongan mesra Muslim, media dan rekreasi.

“Sektor ekonomi Islam dijangka mencecah nilai global sebanyak AS$7.7 trilion menjelang 2025,” katanya.

Mahadhir berkata, MD Tasree turut diperkenalkan untuk menerajui pembabitan industri, penjanaan idea, mempromosi projek perintis, pengkomersialan penyelesaian teknologi dan menjadi saluran yang kukuh bagi agenda MD Pemangkin.

“Ketika ini, kita masih dalam peringkat rintis pembangunan IDE, tetapi nilai sumbangannya dijangka besar dan mampu menjadi sektor ekonomi tumpuan negara.

“Hal ini kerana, berdasarkan data Malaysia ketika ini berada di kedudukan pertama dalam pertumbuhan teknologi kewangan Islam dengan unjuran sebanyak AS$8.5 bilion menjelang 2025.

“Dengan IDE, nilai ini dijangka lebih besar kerana ia mempunyai lebih banyak elemen dalam ekonomi Islam,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending