Connect with us

Terkini

Logo DAP pada replika cek, tidak patut jadi isu – Nga Kor Ming

“Tiada isu, namun apa yang penting sekolah itu dapat manfaat.” Itu komen ringkas Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berhubung sekeping gambar tular mengenai logo parti DAP pada ‘mock cheque’ sumbangan kepada beberapa buah sekolah dipercayai di Perak.

Wartawan TMT

Published

on

Logo DAP pada replika cek, tidak patut jadi isu - Nga Kor Ming
Foto: Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming.
  • “Tiada isu, namun apa yang penting sekolah itu dapat manfaat.” Itu komen ringkas Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berhubung sekeping gambar tular mengenai logo parti DAP pada ‘mock cheque’ sumbangan kepada beberapa buah sekolah dipercayai di Perak.
  • Kor Ming yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu.
  • “Apa yang penting, sekolah itu dapat manfaat daripada sumbangan itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan kafe Starbucks@KPKT di sini, hari ini.

PUTRAJAYA: “Tiada isu, namun apa yang penting sekolah itu dapat manfaat.” Itu komen ringkas Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berhubung sekeping gambar tular mengenai logo parti DAP pada ‘mock cheque’ sumbangan kepada beberapa buah sekolah dipercayai di Perak.

Kor Ming yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu.

“Apa yang penting, sekolah itu dapat manfaat daripada sumbangan itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan kafe Starbucks@KPKT di sini, hari ini.

Isu pemberian sumbangan itu menimbulkan pelbagai reaksi ramai pihak khususnya daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh yang mempersoalkannya sama ada ia disumbangkan oleh pihak kerajaan.

Sebelum ini, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan sejumlah peruntukan diberikan kepada beberapa buah sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina di Perak.

Laporan akhbar itu turut memaparkan satu keping gambar menunjukkan penerima dipercayai wakil sekolah memegang mock cheque masing-masing di mana ia turut diserta Kor Ming sendiri.  Laporan akhbar itu kemudian tular  selepas ‘mock cheque’ yang serahkan kepada sekolah berkenaan terdapat logo parti DAP yang diletakkan di sebelah Jata Negara.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending