Connect with us

Terkini

Kerajaan digesa tidak buat rayuan isu ubat Ivermectin – NGO

Sebuah NGO menggesa kerajaan tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan seorang doktor berhak memberikan Ivermectin sebagai sebahagian rawatan kepada pesakit.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan digesa tidak buat rayuan isu ubat Ivermectin – NGO-01
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah NGO menggesa kerajaan tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan seorang doktor berhak memberikan Ivermectin sebagai sebahagian rawatan kepada pesakit.
  • Perikatan Malaysia untuk Kawalan Covid Berkesan (MAECC) berkata, keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan rakyat menggunakan Ivermectin sebagai rawatan diri dan perlindungan terhadap Covid-19 pada kemuncak pandemik itu.
  • “Ribuan doktor, pengamal perubatan dan kumpulan pengguna menyokong penggunaan Ivermectin terhadap Covid-19 sebelum program vaksinasi dilaksanakan, dan individu dilabelkan anti-golongan berkuasa, kini boleh berasa lega.
  • “Kami dengan rendah hati memohon kerajaan dan Kementerian Kesihatan tidak membuat rayuan terhadap penghakiman itu kerana tiada pihak yang rugi. Semua rakyat Malaysia, termasuk kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan, adalah pemenang dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan.

PETALING JAYA: Sebuah NGO menggesa kerajaan tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan seorang doktor berhak memberikan Ivermectin sebagai sebahagian rawatan kepada pesakit.

Perikatan Malaysia untuk Kawalan Covid Berkesan (MAECC) berkata, keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan rakyat menggunakan Ivermectin sebagai rawatan diri dan perlindungan terhadap Covid-19 pada kemuncak pandemik itu.

“Ribuan doktor, pengamal perubatan dan kumpulan pengguna menyokong penggunaan Ivermectin terhadap Covid-19 sebelum program vaksinasi dilaksanakan, dan individu dilabelkan anti-golongan berkuasa, kini boleh berasa lega.

“Kami dengan rendah hati memohon kerajaan dan Kementerian Kesihatan tidak membuat rayuan terhadap penghakiman itu kerana tiada pihak yang rugi. Semua rakyat Malaysia, termasuk kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan, adalah pemenang dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan.

MAECC berkata, ia menyokong penggunaan tambahan Ivermectin terhadap Covid-19 sejak awal 2020, tetapi mendapat kecaman “kumpulan profesional dan individu tertentu”.

Katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan Ivermectin sebagai ubat penting dan selamat, manakala garis panduan KKM untuk merawat kudis menyenaraikan ubat itu antara protokol rawatan.

Jumaat lalu, tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara memutuskan pengamal perubatan berdaftar boleh memberikan Ivermectin kepada pesakit hanya untuk tujuan rawatan dengan mematuhi Seksyen 19 Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturan Racun 1952.

Keputusan itu dibuat bagi menjawab dua persoalan dikemukakan kepada mahkamah dalam rayuan Dr S Vijaendran, presiden Persatuan Kemajuan Perubatan Fungsian dan Antara Disiplin Malaysia (Maafim) serta Dr Che Amir Farid Che Isahak.

Persoalan itu termasuk sama ada, di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturan Racun 1952, pengamal perubatan berdaftar berhak memberikan Ivermectin kepada pesakit.

Soalan lain sama ada pengamal perubatan berdaftar boleh memberikan Ivermectin kepada pesakit untuk tujuan rawatan dengan mematuhi akta dan peraturan.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Terkini

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam – MP PKR

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim (kanan).
  • Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.
  • Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.
  • Justeru PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya diminta supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.
  • “Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.
  • “Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh,” kata Hassan kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.

Justeru, beliau meminta PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.

“Gerakan Islam adalah satu komponen penting dalam gerakan reformasi di Malaysia. 

“Gerakan Islam adalah pendukung utama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menjadi Presiden ABIM kemudian Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehingga dipecat pada September 1998.

“Gerakan Islam antara golongan yang setia kepada perjuangan reformasi yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. 

“Kini Anwar Ibrahim sudah jadi Perdana Menteri Malaysia, justeru Kerajaan Madani sekarang perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama berdekad-dekad dipinggirkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

Sebaliknya, kerajaan perlu mengutamakan agenda dibawakan gerakan Islam ataupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) supaya ia dapat dijadikan rujukan dalam tampuk pemerintahan hari ini.

Ahmad Fahmi berkata ini kerana gerakan Islam mempunyai kedudukan dan peranan signifikan untuk ke hadapan, bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai ‘serpihan’ atau ‘ditepi-tepian’.

Kenyataan beliau itu turut disambut baik kelompok bukan Muslim daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong bahawa kerajaan tidak boleh menganggap sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini sebagai agenda picisan.

Hassan menyatakan beliau senada dengan Presiden ABIM bahawa pandangan, tuntutan dan aspirasi reformasi dibawakan gerakan Islam mesti diberi tempat oleh kerajaan yang berkuasa ketika ini.

“Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.

“Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh.

“Lalu PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya sekarang kenangkanlah jasa orang yang selama ini berjuang untuk Islam demi membina sebuah negara yang adil yang bersifat Madani,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending