Connect with us

Terkini

Jumlah koperasi kariah masjid ditubuhkan masih terlalu kecil, tiada impak

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sedia menggalas tanggungjawab bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), agensi hal ehwal Islam dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mewujudkan serta menggerakkan koperasi kariah masjid.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jumlah koperasi kariah masjid ditubuhkan masih terlalu kecil, tiada impak
Foto: Gambar Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.
  • Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sedia menggalas tanggungjawab bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), agensi hal ehwal Islam dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mewujudkan serta menggerakkan koperasi kariah masjid.
  • Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, berkata usaha itu akan dijayakan menerusi penubuhan jawatankuasa pemandu dan teknikal komuniti bagi memberi penjelasan serta pandangan kepada komuniti kariah masjid mengenai koperasi kariah masjid.
  • “Berdasarkan Laporan Pendaftaran Koperasi Kariah Masjid dan Keahlian ANGKASA sehingga Julai lalu, sebanyak 597 koperasi kariah masjid sudah ditubuhkan di seluruh negara,” katanya. 
  • Beliau berkata, respons positif kerajaan khususnya oleh Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar membuktikan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf koperasi kariah masjid memainkan peranan besar dalam menangani isu kos sara hidup pada masa kini.

KUALA LUMPUR: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sedia menggalas tanggungjawab bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), agensi hal ehwal Islam dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mewujudkan serta menggerakkan koperasi kariah masjid.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, berkata usaha itu akan dijayakan menerusi penubuhan jawatankuasa pemandu dan teknikal komuniti bagi memberi penjelasan serta pandangan kepada komuniti kariah masjid mengenai koperasi kariah masjid.

Beliau berkata, ANGKASA sentiasa mencari jalan merancakkan pembangunan koperasi, khususnya koperasi kariah masjid dengan menubuhkan jawatankuasa teknikal meliputi pelbagai agensi sebagai pemudah cara, termasuk pembabitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kementerian berkaitan serta pihak berkuasa agama tempatan di peringkat negeri.

“Berdasarkan Laporan Pendaftaran Koperasi Kariah Masjid dan Keahlian ANGKASA sehingga Julai lalu, sebanyak 597 koperasi kariah masjid sudah ditubuhkan di seluruh negara.

“Jumlah ini masih terlalu kecil dan boleh dikatakan tiada impak jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan surau sebanyak 17,000 dan 6,800 masjid ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, respons positif kerajaan khususnya oleh Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung usaha itu membuktikan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf koperasi kariah masjid memainkan peranan besar dalam menangani isu kos sara hidup pada masa kini.

Katanya, komitmen positif itu dizahirkan kerajaan, termasuk kesediaan untuk melihat semula resolusi Persidangan Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 yang dibuat bertujuan untuk meningkatkan aktiviti sosio ekonomi ummah melalui keusahawanan dan koperasi.

Dalam pada itu, Abdul Fattah berkata, ANGKASA juga bersedia membantu menggerakkan aktiviti perniagaan koperasi kariah masjid bagi mengelakkan koperasi berkenaan menjadi dormain.

“Saya percaya Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) akan turut membantu merealisasikan usaha ini melalui pembabitan koperasi dalam aktiviti peruncitan, pemborongan serta pertanian mengikut kesesuaian komuniti masjid masing-masing,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author