Connect with us

Terkini

Isu modul hadis : NGO bukan Islam tidak perlu bimbang – Timbalan Menteri Pendidikan

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam di negara ini tidak perlu bimbang dengan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.

Wartawan TMT

Published

on

Isu modul hadis : NGO bukan Islam tidak perlu bimbang - Timbalan Menteri Pendidikan
Foto: Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.
  • Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam di negara ini tidak perlu bimbang dengan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.
  • Hui Ying berkata, Kementerian Pendidikan sentiasa terbuka untuk bertemu mana-mana pihak sekiranya masih keliru dengan pelaksanaan modul itu.
  • “Kita boleh selesaikan. Ini hanya satu kekeliruan sahaja. Memang hadis 40 saya rasa semua pun tahu, ini memang untuk murid-murid dan guru yang beragama Islam sahaja,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerjanya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheng Siu 1 & 2 di Batu Pahat, Johor di sini pada Ahad.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bantahan NGO bukan Islam yang mempertikaikan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi untuk pelajar Islam.

BATU PAHATPertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam di negara ini tidak perlu bimbang dengan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.

Hui Ying berkata, Kementerian Pendidikan sentiasa terbuka untuk bertemu mana-mana pihak sekiranya masih keliru dengan pelaksanaan modul itu.

“Ya, mereka (NGO) tak perlu risau. Tapi saya memang faham kerisauan mereka. Tapi kami mengalu-alukan mereka untuk berbincang dengan kami sekiranya mereka mempunyai sebarang persoalan yang mereka tidak faham atau sedikit keliru. Jadi kita (KPM) mengalu-alukan kedatangan mereka ke KPM untuk buat libat urus. Kita bersedia untuk berdepan atau bertemu dengan mereka.

“Kita boleh selesaikan. Ini hanya satu kekeliruan sahaja. Memang hadis 40 saya rasa semua pun tahu, ini memang untuk murid-murid dan guru yang beragama Islam sahaja,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerjanya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheng Siu 1 & 2 di Batu Pahat, Johor di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bantahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam yang mempertikaikan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi untuk pelajar Islam.

Bagaimanapun, beliau berharap modul itu tidak dilaksanakan kepada pelajar yang bukan beragama Islam.

Pada 26 Ogos, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata masyarakat bukan Islam di negara ini diminta memahami kepentingan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah seluruh negara.

Anwar berkata pelaksanaan modul itu berkait secara langsung dengan kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama, pada masa depan.

Susulan itu, beliau berharap isu tersebut tidak diungkit khususnya oleh wakil-wakil masyarakat bukan Islam di negara ini.

Sumber: Berita RTM

Author

Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending