Connect with us

Terkini

Dakwaan hadis kelapan galak perangi bukan Muslim tohmahan dangkal, tidak berilmu – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

 Dakwaan hadis kelapan daripada Hadis 40 Imam Nawawi menggalakkan umat Islam memerangi bukan Muslim sehingga mereka memeluk Islam adalah tohmahan dangkal dan tidak berpaksikan ilmu, tegas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) mengulas isu modul hadis 40 yang menjadi polemik ketika ini.  

Hanani Zulkifli

Published

on

Dakwaan hadis kelapan galak perangi bukan Muslim tohmahan dangkal, tidak berilmu – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dakwaan hadis kelapan daripada Hadis 40 Imam Nawawi menggalakkan umat Islam memerangi bukan Muslim sehingga mereka memeluk Islam adalah tohmahan dangkal dan tidak berpaksikan ilmu, tegas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) mengulas isu modul hadis 40 yang menjadi polemik ketika ini.
  • Pejabat Mufti WP menjelaskan kefahaman hadis seharusnya difahami konteksnya secara menyeluruh, bukan memahami maksudnya secara literal tanpa menelusuri pandangan ulama-ulama terdahulu.  
  • Menurutnya, maksud sebenar hadis itu adalah kebenaran Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW memerangi golongan musyrikin Mekah yang memusuhi Islam dan bukannya memerangi semua bukan Muslim secara semberono seperti didakwa. 
  • Memahami hadis bukanlah dengan hanya memahami maksudnya secara literal lalu disyarahkan mengikut logik akal semata-mata. Tetapi ia memerlukan kepada alat-alatnya seperti ilmu hadis, syarah hadis, sebab hadis diucapkan (asbab al-wurud), ilmu bahasa Arab, selain keperluan untuk dibaca bersekali dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis lain yang berkaitan jihad,” katanya dalam kenyataan ‘Bayan Linnas Siri ke 272: Hadith 40 Imam Nawawi Menekankan Kesahihan Akidah dan Keharmonian Kehidupan’ di laman web rasmi semalam. 
  • The Merdeka Times pada 4 September lalu melaporkan kenyataan Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy yang mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan lima hadis, termasuk hadis kelapan, daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi dan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS). 
  • Setakat ini, KPM belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan mengeluarkan lima hadis daripada modul asal hadis 40 itu. Bagaimanapun, KPM terdahulu menegaskan modul pengajaran hadis 40 itu khusus untuk pelajar Islam, tetapi ditentang kumpulan tertentu yang disifatkan sesetengah pihak sebagai ‘ekstremis anti-Islam’.

KUALA LUMPUR –  Dakwaan hadis kelapan daripada Hadis 40 Imam Nawawi menggalakkan umat Islam memerangi bukan Muslim sehingga mereka memeluk Islam adalah tohmahan dangkal dan tidak berpaksikan ilmu, tegas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) mengulas isu modul hadis 40 yang menjadi polemik ketika ini.  

Pejabat Mufti WP menjelaskan kefahaman hadis seharusnya difahami konteksnya secara menyeluruh, bukan memahami maksudnya secara literal tanpa menelusuri pandangan ulama-ulama terdahulu.  

Menurutnya, maksud sebenar hadis itu adalah kebenaran Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW memerangi golongan musyrikin Mekah yang memusuhi Islam dan bukannya memerangi semua bukan Muslim secara semberono seperti didakwa. 

Memahami hadis bukanlah dengan hanya memahami maksudnya secara literal lalu disyarahkan mengikut logik akal semata-mata. Tetapi ia memerlukan kepada alat-alatnya seperti ilmu hadis, syarah hadis, sebab hadis diucapkan (asbab al-wurud), ilmu bahasa Arab, selain keperluan untuk dibaca bersekali dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis lain yang berkaitan jihad.

“Imam Syarafuddin al-Tibi merujuk hadis ini kepada golongan penyembah berhala (‘abadah al-wathan). Namun bukan semua golongan ini perlu diperangi, kerana seperti golongan Ahli Kitab yang tidak boleh diperangi jika mereka bersetuju membayar jizyah (cukai dikenakan ke atas individu bukan Islam). 

“Syeikh Muhammad al-Ghazali merujuk hadis ini kepada keharusan untuk memerangi golongan musyrikin Arab yang disebabkan penentangan mereka terhadap agama Islam dan umatnya, serta perbuatan mereka yang tidak menghormati perjanjian damai yang telah dimaterai antara kedua-dua belah pihak,” katanya dalam kenyataan ‘Bayan Linnas Siri ke 272: Hadith 40 Imam Nawawi Menekankan Kesahihan Akidah dan Keharmonian Kehidupan’ di laman web rasmi semalam. 

The Merdeka Times pada 4 September lalu melaporkan kenyataan Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy yang mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan lima hadis, termasuk hadis kelapan, daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi dan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS). 

Hadis kelapan dimaksudkan itu adalah hadis perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk memerangi manusia yang belum bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah hinggalah mereka menerima Islam, mendirikan solat dan membayar zakat.

Setakat ini, KPM belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan mengeluarkan lima hadis daripada modul asal hadis 40 itu. Bagaimanapun, KPM terdahulu menegaskan modul pengajaran hadis 40 itu khusus untuk pelajar Islam, tetapi ditentang kumpulan tertentu yang disifatkan sesetengah pihak sebagai ‘ekstremis anti-Islam’.

Mengulas lanjut, Pejabat Mufti WP berkata disebabkan kesilapan masyarakat memahami hadis itu boleh membawa kepada pemikiran ekstrim dan radikal yang akhirnya boleh mengundang perpecahan dan pertumpahan darah. 

Syeikh Muhammad al-Ghazali menggelar hadis ini sebagai “hadith mazlum” (hadith yang dizalimi) kerana ramai pihak yang salah faham dan menyebarkan kekeliruan tentangnya,” katanya. 

Dengan membidas dakwaan kononnya Islam menggalakkan peperangan, Pejabat Mufti WP menekankan Islam pada hakikatnya menyeru keamanan yang mengharamkan peperangan secara mutlak melainkan jika terdapat keperluan untuk memelihara akidah umat. 

“Tatkala api kekacauan telah terpadam, peperangan tidak berhak untuk wujud lagi, kerana nyawa manusia itu lebih utama untuk dipelihara, sementelah pula keamanan manusia sejagat merupakan asas bagi maqasid agama Islam itu diturunkan, demi memperdaya umat Islam dalam menjalankan kewajiban memakmurkan muka bumi,”katanya. – The Merdeka Times   

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending