Connect with us

Antarabangsa

Iraq sekat Telegram susulan kebimbangan keselamatan

Iraq pada Ahad menyekat aplikasi pesanan segera Telegram susulan kebimbangan terhadap keselamatan negara, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan media tempatan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Iraq sekat Telegram susulan kebimbangan keselamatan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Iraq pada Ahad menyekat aplikasi pesanan segera Telegram susulan kebimbangan terhadap keselamatan negara, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan media tempatan.
  • Kementerian Perhubungan negara itu menjelaskan bahawa aplikasi berkenaan disekat ekoran isu “keselamatan negara dan demi melindungi data peribadi rakyat”.
  • Penggunaan aplikasi Telegram sangat meluas di Iraq – malah dalam beberapa bahagian kerajaan.

KAHERAH – Iraq pada Ahad menyekat aplikasi pesanan segera Telegram susulan kebimbangan terhadap keselamatan negara, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan media tempatan.

Kementerian Perhubungan negara itu menjelaskan bahawa aplikasi berkenaan disekat ekoran isu “keselamatan negara dan demi melindungi data peribadi rakyat”.

Pihak berkuasa negara gagal mendapatkan kerjasama dari syarikat yang mengendalikan perkhidmatan itu daripada menyebarkan data rasmi dan peribadi.

Penggunaan aplikasi Telegram sangat meluas di Iraq – malah dalam beberapa bahagian kerajaan.

Aplikasi ini juga sebahagiannya digunakan oleh anggota militan pro-Iran. Dalam sesetengah kes, nama atau data peribadi pasukan keselamatan yang lain telah disebarluaskan di Telegram, seperti yang berlaku selepas rusuhan ganas di Iraq pada musim luruh 2021.

Militant Daish, yang pernah menguasai beberapa kawasan di Iraq dan negara jiran Syria, turut menyebarkan dakyah mereka melalui Telegram.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *