Connect with us

Antarabangsa

Militia Iraq ancam serang UAE

Kumpulan militia Iraq mengancam untuk menyerang Emiriah Arab Bersatu (UAE) jika perang secara langsung dengan Israel tercetus di tengah-tengah krisis semakin meruncing di Lubnan dan kelemahan semakin ketara sekutu kumpulan itu, Hizbullah, lapor MEMO pada Ahad.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan militia Iraq mengancam untuk menyerang Emiriah Arab Bersatu (UAE) jika perang secara langsung dengan Israel tercetus di tengah-tengah krisis semakin meruncing di Lubnan dan kelemahan semakin ketara sekutu kumpulan itu, Hizbullah, lapor MEMO pada Ahad.
  • Dalam satu hantaran di X, Ketua Militia Syiah Iraq “Kataib Sayyid al-Shuhada”, Abu Alaa al-Walaei berkata, “kumpulan penentangan di Iraq melihat UAE sebagai pangkalan entiti zionis paling kehadapan di kawasan Teluk dan sasaran utama serangan jika perang berskala penuh tercetus”.
  • Al-Walaei memberi amaran bahawa “peluru berpandu dan dron kumpulan penentangan di Iraq yang kini boleh mencapai jauh ke dalam (kawasan) entiti zionis boleh dengan mudah menyerang lokasi alternatif entiti perampas itu di rantau ini”.
  • Ancaman al-Walaei pada Khamis muncul di tengah-tengah peningkatan serangan drastik dan radikal Israel dalam konflik mereka dengan kumpulan Hizbullah yang disokong Iran di Lubnan sepanjang minggu lalu.
  • Kemuncaknya adalah dengan pembunuhan ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah melalui serangan Israel di pinggir bandar Beirut.

Kumpulan militia Iraq mengancam untuk menyerang Emiriah Arab Bersatu (UAE) jika perang secara langsung dengan Israel tercetus di tengah-tengah krisis semakin meruncing di Lubnan dan kelemahan semakin ketara sekutu kumpulan itu, Hizbullah, lapor MEMO pada Ahad.

Dalam satu hantaran di X, Ketua Militia Syiah Iraq “Kataib Sayyid al-Shuhada”, Abu Alaa al-Walaei berkata, “kumpulan penentangan di Iraq melihat UAE sebagai pangkalan entiti zionis paling kehadapan di kawasan Teluk dan sasaran utama serangan jika perang berskala penuh tercetus”.

Al-Walaei memberi amaran bahawa “peluru berpandu dan dron kumpulan penentangan di Iraq yang kini boleh mencapai jauh ke dalam (kawasan) entiti zionis boleh dengan mudah menyerang lokasi alternatif entiti perampas itu di rantau ini”.

Ancaman al-Walaei pada Khamis muncul di tengah-tengah peningkatan serangan drastik dan radikal Israel dalam konflik mereka dengan kumpulan HIzbullah yang disokong Iran di Lubnan sepanjang minggu lalu.

Kemuncaknya adalah dengan pembunuhan ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah melalui serangan Israel di pinggir bandar Beirut.

Walaupun adanya serangan terhad ke atas Israel oleh militia Syiah Iraq, ramai yang berikrar untuk menghantar anggota dan pasukan ke Lubnan atau ke sempadannya untuk menyertai pertempuran menentang tentera Israel.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan meluas bahawa konflik mungkin akan mencetuskan peperangan besar-besaran di rantau itu yang lebih luas. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending