Connect with us

Terkini

Hari Kebangsaan: Kelantan ikut tema Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk menggunakan tema Hari Kebangsaan yang sama dengan kerajaan Pusat bagi sambutan peringkat negeri pada tahun ini iaitu Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk menggunakan tema Hari Kebangsaan yang sama dengan kerajaan Pusat bagi sambutan peringkat negeri pada tahun ini iaitu Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.
Foto: Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
  • Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk menggunakan tema Hari Kebangsaan yang sama dengan kerajaan Pusat bagi sambutan peringkat negeri pada tahun ini iaitu Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.
  • Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, bagaimanapun pihaknya akan menambah slogan Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri dibelakang tema tersebut.
  • “Oleh itu tema Hari Kebangsaan peringkat negeri akan menjadi Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Membangun Bersama Islam.
  • “Sambutan tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun yang lalu di mana ia akan berlangsung pada malam 30 Ogos bermula seawal pukul 6.30 petang,” katanya pada sidang media pengumuman portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk menggunakan tema Hari Kebangsaan yang sama dengan kerajaan Pusat bagi sambutan peringkat negeri pada tahun ini iaitu Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, bagaimanapun pihaknya akan menambah slogan Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri dibelakang tema tersebut.

“Oleh itu tema Hari Kebangsaan peringkat negeri akan menjadi Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Membangun Bersama Islam.

“Sambutan tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun yang lalu di mana ia akan berlangsung pada malam 30 Ogos bermula seawal pukul 6.30 petang,” katanya pada sidang media pengumuman portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud serta barisan exco.

Mohamed Fadzli memberitahu, sambutan itu akan dimulakan dengan program Kelantan Berselawat di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.

Katanya, sebelum itu mereka semua akan bergerak ke dalam stadium untuk sambutan rasmi dan Ambang Merdeka.

“Paling menarik pada malam itu nanti ialah persembahan bunga api yang di luar daripada kebiasaan dalam sambutan Hari Kebangsaan di negeri ini selain acara-acara lain sepanjang majlis tersebut.

“Sehubungan itu kita jemput seramai mungkin rakyat Kelantan untuk bersama-sama pimpinan kerajaan negeri memeriahkan sambutan tersebut,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author