Connect with us

Terkini

Dilabel tolak Islam: PH-BN Rantau Panjang buat laporan polis

Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) Rantau Panjang membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud susulan kenyataan yang melabel dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu menolak perjuangan Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Dilabel tolak Islam: PH-BN Rantau Panjang buat laporan polis
Foto: Timbalan Ketua Parti Amanah (AMANAH) Rantau Panjang, Mohd Ridzuan Muhamad (memegang laporan) bersama wakil yang lain selepas laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, hari ini.
  • Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) Rantau Panjang membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud susulan kenyataan melabel dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu menolak perjuangan Islam.
  • Timbalan Ketua Parti Amanah (AMANAH) Rantau Panjang, Mohd Ridzuan Muhamad berkata, dakwaan Menteri Besar terhadap Adun Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim (PH) dan Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim (BN) dikhuatiri memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
  • “Jadi melalui laporan yang dibuat, kami berharap agar pihak berkuasa dapat membuat siasatan lanjut memandangkan ia jelas satu hasutan kepada rakyat apabila bebeza fahaman politik”, kata Ridzuan yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, hari ini.
  • Semalam, media melaporkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin menafikan dakwaan beliau melabel dua ADUN BN-PH itu sebagai melawan perjuangan Islam dan mengingatkan parti tersebut supaya tidak mudah koyak apabila berpolitik.

PASIR MAS – Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) Rantau Panjang membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud susulan kenyataan yang melabel dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu menolak perjuangan Islam.

Timbalan Ketua Parti Amanah (AMANAH) Rantau Panjang, Mohd Ridzuan Muhamad berkata, dakwaan Menteri Besar terhadap Adun Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim (PH) dan Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim (BN) dikhuatiri memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Menurut Ridzuan, pihaknya pada Sabtu lalu telah menerima satu rakaman video yang mengandungi kenyataan Menteri Besar Kelantan itu yang mendakwa kemenangan PAS semasa PRU DUN Ke-15 baru-baru ini adalah kemenangan perjuangan Islam dan menyifatkan dua kerusi yang dimenangi PH-BN sebagai pihak yang menentang perjuangan Islam.

“Kenyataan tersebut mampu menghilang keharmonian antara rakyat dan boleh didakwa di bawah 29 8(A) kanun keseksaan.

“Jadi melalui laporan yang dibuat, kami berharap agar pihak berkuasa dapat membuat siasatan lanjut memandangkan ia jelas satu hasutan kepada rakyat apabila bebeza fahaman politik”, kata Ridzuan yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, hari ini.

Tambah Ridzuan, laparan itu juga turut menggesa Menteri Besar Kelantan itu supaya membuat permohonan maaf ke atas kenyataan yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Semalam, media melaporkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin menafikan dakwaan beliau melabel dua ADUN BN-PH itu sebagai melawan perjuangan Islam dan turut mengingatkan parti tersebut supaya tidak mudah koyak apabila berpolitik.

Sumber: Berita Rtm 

Author

Terkini

Perundangan baharu kawal selia penerbitan kalimah ‘Allah’ sedang disediakan – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.
  • “Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak JAKIM, Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan AGC dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 
  • “Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.
  • Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.

“Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 

“Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

Pada 23 Oktober 2023,  media melaporkan garis panduan baharu mengenai Arahan Pentadbiran KDN berkaitan penggunaan kalimah Allah akan diteliti dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja pada minggu terbabit.

Saifuddin dilaporkan mengatakan cadangan garis panduan itu sudah dikemukakan kepada MKI selepas selesai lima sesi libat urus diadakan sebelum ini.

Katanya, KDN akan mengambil panduan hasil mesyuarat Majlis Raja-Raja itu untuk mengadakan garis panduan baharu bagi isu penggunaan kalimah Allah.

KDN sebelum ini mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak, termasuk AGC, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JAKIM, Majlis Profesor Malaysia dan Persatuan-persatuan Peguam Muslim Syarie Malaysia.

Ia susulan KDN dan kerajaan Malaysia pada 15 Mei 2023 dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan. 

Memetik BERNAMA, Jill Ireland dilaporkan memohon semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya dikembalikan lapan cakera padat (CD) dengan tajuk mengandungi kalimah ‘Allah’ yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008 dan perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah itu dalam penerbitan Kristian.

Mahkamah pada 2014 memerintahkan CD itu dipulangkan dan setelah melalui beberapa proses, memutuskan arahan KDN pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending