Connect with us

Terkini

DAP perlu berubah jika mahu sokongan Melayu – Ahli MKT UMNO

Semua parti yang membentuk gabungan Kerajaan Perpaduan terutamanya DAP perlu berubah jika mahu mendapat sokongan orang Melayu dalam landskap politik hari ini, dan bukan hanya UMNO semata-semata. 

Wartawan TMT

Published

on

DAP perlu berubah jika mahu sokongan Melayu – Ahli MKT UMNO
Foto: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
  • Semua parti yang membentuk gabungan Kerajaan Perpaduan, terutamanya DAP perlu berubah jika mahu mendapat sokongan orang Melayu dalam landskap politik hari ini, dan bukan hanya UMNO semata-semata. 
  • Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, UMNO sudah membuat bermacam-macam perubahan selepas 2018 dan yang paling besar adalah bekerjasama dengan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang perlu dibayar dengan harga yang mahal apabila partinya terus dikecam. 
  • “Bila saya bersembang dengan pengundi Melayu di Selangor (ketika pilihan raya negeri (PRN) lepas) dan Johor (ketika berkempen), majoriti mereka cakap masih tidak boleh terima dengan mudah cara politik DAP yang bagi mereka masih terikat dengan tanggapan parti itu adalah parti totok orang Cina. 
  • “Apabila saya tanya kenapa selama ini orang Melayu boleh terima MCA dalam BN, mereka kata MCA tak ekstrim dan UMNO jadi parti dominan dalam gabungan itu.
  • “Berbeza dengan DAP, mereka kata tidak boleh terima agenda sekular dalam parti itu. Sebab memang bertentangan sama sekali dengan syariat Islam dan Melayu. Jadi, sebab itulah orang Melayu macam letak batu sempadan besar nak terima atau sokong DAP walaupun sudah bekerjasama dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

PETALING JAYA: Semua parti yang membentuk gabungan Kerajaan Perpaduan terutamanya DAP perlu berubah jika mahu mendapat sokongan orang Melayu dalam landskap politik hari ini, dan bukan hanya UMNO semata-semata. 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, UMNO sudah membuat bermacam-macam perubahan selepas 2018 dan yang paling besar adalah bekerjasama dengan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang perlu dibayar dengan harga yang mahal apabila partinya terus dikecam. 

“Bila saya bersembang dengan pengundi Melayu di Selangor (ketika pilihan raya negeri (PRN) lepas) dan Johor (ketika berkempen), majoriti mereka cakap masih tidak boleh terima dengan mudah cara politik DAP yang bagi mereka masih terikat dengan tanggapan parti itu adalah parti totok orang Cina. 

“Apabila saya tanya kenapa selama ini orang Melayu boleh terima MCA dalam BN, mereka kata MCA tak ekstrim dan UMNO jadi parti dominan dalam gabungan itu. 

“Berbeza dengan DAP, mereka kata tidak boleh terima agenda sekular dalam parti itu. Sebab memang bertentangan sama sekali dengan syariat Islam dan Melayu. Jadi, sebab itulah orang Melayu macam letak batu sempadan besar nak terima atau sokong DAP walaupun sudah bekerjasama dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan. 

“Jadi, jika betul DAP benar-benar mengharapkan sokongan orang Melayu melalui kerjasama dengan UMNO kali ini, mereka juga perlu berani membuat perubahan besar untuk capai kejayaan besar pada PRU16 nanti.

“Tiada cara lain untuk menyakinkan orang Melayu bahawa DAP hari ini sudah berbeza dari sebelumnya, selain daripada mereka sanggup gugurkan agenda ‘negara sekular’ dan slogan ‘Malaysian Malaysia’ dalam perlembagaan parti mereka. Sebab dua agenda itulah yang jadi terus jadi trauma kepada orang Melayu dan buatkan mereka tak boleh terima perjuangan DAP,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Advertisement

Bagaimanapun, Nur Jazlan mempersoalkan beranikah DAP buat pengorbanan besar itu demi kelangsungan politik mereka. 

“Jika DAP masih was-was untuk lakukan perubahan besar seperti mana pengorbanan yang UMNO sanggup buat hari ini, saya jangkakan DAP akan terus dipulau oleh pengundi Melayu dan UMNO juga akan terus ditolak orang Melayu selagi kami bekerjasama dengan DAP. 

“Satu lagi situasi besar yang perlu DAP hadapi ialah gelombang sokongan orang Melayu terhadap PAS akan jadi lebih kuat pada PRU16 dan masa depan. 

“Jadi, kita akan lihat keadaan politik yang ekstrim di mana orang Cina akan terus sokong DAP sebagai parti mereka dan orang Melayu akan beralih kepada PAS sebagai parti mereka,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending