Connect with us

Terkini

Bukan Islam perlu lebih terbuka, fahami pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Masyarakat bukan Islam perlu berfikiran lebih terbuka terhadap pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah-sekolah seluruh negara.

Wartawan TMT

Published

on

Bukan Islam perlu lebih terbuka, fahami pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi
Foto: Felo Kanan Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong.
  • Masyarakat bukan Islam perlu berfikiran lebih terbuka terhadap pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah-sekolah seluruh negara.
  • Felo Kanan Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata ini kerana ia sudah jelas bahawa modul berkenaan hanya disasarkan kepada pelajar dan guru beragama Islam, serta tidak mengganggu gugat pemahaman murid bukan Islam.
  • Kementerian Pendidikan (KPM) pada 19 Ogos lepas, melancarkan modul hadis itu bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah, antara lain untuk memupuk semangat kasih sayang, selain menerapkan kefahaman agama khususnya dalam kalangan pelajar serta guru beragama Islam.
  • Teo berkata sekiranya modul berkenaan berjaya membina akhlak yang baik dalam kalangan murid Islam, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada masyarakat bukan Islam sekali gus memakmurkan negara.
  • “Sebenarnya golongan bukan Islam tidak harus khuatir sebab di dalam Perlembagaan telah jelas berkenaan kebebasan beragama di negara ini dan semua agama boleh dianuti secara aman damai, jadi jangan cepat kita melatah sebaliknya kukuhkan proses pembentukan negara bangsa agar kita saling memahami,” katanya.

KUALA LUMPUR – Masyarakat bukan Islam perlu berfikiran lebih terbuka terhadap pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah-sekolah seluruh negara.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata ini kerana ia sudah jelas bahawa modul berkenaan hanya disasarkan kepada pelajar dan guru beragama Islam, serta tidak mengganggu gugat pemahaman murid bukan Islam.

“Ia begitu jelas bahawa hasrat kerajaan menggunakan modul itu untuk pelajar Islam dan mereka yang membantah ini seharusnya merujuk dahulu isi kandungan hadis itu kerana apa yang terkandung hanyalah ajaran al-Quran yang disabdakan kepada Rasulullah dan bukan ajaran tambahan yang dicipta sesuka hati.

“Kalau dirujuk, ajaran ini sudah wujud lama dan hanya menganjurkan perkara-perkara baik iaitu cinta sesama manusia, menganjurkan kecemerlangan Islam, membezakan yang baik serta buruk dan hal-hal sedemikian adalah untuk memupuk perwatakan insaniah yang lebih baik dalam kalangan murid dan pelajar Islam. Jadi adakah perkara begini kita nak tentang dan bantah,” katanya kepada Bernama.

Kementerian Pendidikan (KPM) pada 19 Ogos lepas, melancarkan modul hadis itu bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah, antara lain untuk memupuk semangat kasih sayang, selain menerapkan kefahaman agama khususnya dalam kalangan pelajar serta guru beragama Islam.

Program rintis modul itu akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

Walaupun telah dijelaskan bahawa pelaksanaan modul terbabit hanya kepada pelajar dan guru beragama Islam sahaja, namun ia telah menjadi polemik, terutama dalam kalangan penganut bukan Islam, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi.

Antara yang mempertikaikan pelaksanaan modul itu ialah Parti Gerakan walaupun sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu PAS menyokong pengenalan hadis itu di sekolah seluruh negara.

Teo berkata sekiranya modul berkenaan berjaya membina akhlak yang baik dalam kalangan murid Islam, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada masyarakat bukan Islam sekali gus memakmurkan negara.

Beliau turut menyifatkan tindakan membantah pelaksanaan modul yang akan diperluas ke sekolah-sekolah di bawah KPM tahun depan itu, sebagai “tindakan cetek ilmu” kerana tidak mengenali masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum dan agama dengan baik.

“Ini memperlihatkan kita di Malaysia tidak mengenali satu sama lain dan apabila tidak kenal, faham, akan timbul perasaan curiga-mencurigai sehingga wujud bantahan seperti ini.

“Sebenarnya golongan bukan Islam tidak harus khuatir sebab di dalam Perlembagaan telah jelas berkenaan kebebasan beragama di negara ini dan semua agama boleh dianuti secara aman damai, jadi jangan cepat kita melatah sebaliknya kukuhkan proses pembentukan negara bangsa agar kita saling memahami,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata, Jessica Jawing, 40, berkata beliau tidak mempunyai masalah modul hadis itu dilaksanakan di sekolah-sekolah KPM selagi mengikuti tujuan dan objektif yang sebenar.

“Kita hormati keputusannya namun sekolah termasuk guru-guru besar perlu pantau pelaksanaannya agar tiada guru yang memaksa murid atau pelajar bukan Islam mengikuti kelas itu.

“Ia bukanlah perkara yang boleh dipaksa dan tujuannya pun hanya untuk pelajar Islam,” katanya yang bekerja sebagai wartawan akhbar tempatan di Kuching, Sarawak.

Pada masa sama, wanita berbangsa Iban itu mencadangkan agar perkara berkenaan dijelaskan dengan lebih lanjut kepada pelajar bukan Islam di sekolah agar mereka tahu bahawa modul itu dikhususkan kepada pelajar Islam dan tidak berasa keliru bahawa ia adalah subjek baharu yang wajib diikuti semua.

“Kalau boleh, laksanakanlah kelas ini pada waktu yang berlainan, umpamanya selepas waktu sekolah kerana ini tidak akan mengundang kebimbangan ibu bapa pelajar yang lain,” katanya yang mempunyai anak Tingkatan Empat dan Tahun Tiga di sekolah di bawah KPM. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

(VIDEO) Pengharmonian undang-undang syariah-sivil, apa langkah kerajaan boleh lakukan?

Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz.
  • Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.
  • Ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang itu akan terkesan, sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan Perlembagaan Persekutuan.
  • “…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.
  • “Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini .

KUALA LUMPUR — Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata untuk itu semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.

Shamrahayu berkata ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang berkenaan akan terkesan sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpendapat bahawa seperti dinyatakan Yang Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan perasmian beliau sekejap tadi bahawa pengharmonian undang-undang ini ataupun pelaksanaan keadilan dalam bidang undang-undang ini bukan sesuatu yang mudah.

“Jadi antara perkara saya sering bicarakan sebelum ini pun ialah bagaimana agensi-agensi kerajaan terutamanya perlu menyatupadukan gerak kerja mereka dan meletakkan agenda yang jelas tentang pengharmonian undang-undang.

“…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.

“Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Ia susulan pembentangan pertama di Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia yang bertajuk, “Mendasari Pengharmonian Syariah-Sivil Ke Arah Pemartabatan Undang-Undang Syariah di Malaysia”, yang telah disampaikan Timbalan Ketua Bahagian, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara, Ramzi Osman.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata langkah lain yang penting dilaksanakan adalah memahamkan para hakim yang bertugas di mahkamah pada peringkat Persekutuan, bukan hanya hakim mahkamah syariah.

“Satu lagi yang saya fikir tidak disebut ialah untuk memperkasakan institusi-institusi atau personnel yang menyumbang kepada pelaksanaan perundangan di mahkamah syariah terutamanya mereka yang menguatkuasakan undang-undang iaitu pengawai penguatkuasa agama dari segi penyiasatannya dan pendakwaannya. 

“Dan saya fikir jika kedua jawatan ini, penguatkuasa dan pendakwaan ini tidak diperkasakan selaras mahkamah syariah maka ia juga tidak akan mendatangkan keharmonian sepatutnya atau yang terbaiknya dalam penguatkuasaan undang-undang syariah,” katanya.

Shamrahayu berkata pelaksanaan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini penting kerana ia adalah untuk mencapai keadilan dan supaya negara ini mempunyai identiti perundangannya sendiri.

“Pengharmonian (undang-undang syariah dan sivil) bermaksud untuk kita mencari sesuatu yang sama dan adil, sekarang ini terdapat perbezaan. 

“Contohnya suatu perkara itu dijenayahkan dalam perundangan syariah, tetapi tidak dijenayahkan dalam perundangan yang diamalkan di peringkat Persekutuan… Jadi untuk mencari kebaikan dalam sesuatu undang-undang itu, maka pengharmonian ini perlu dilakukan,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending