Terkini
Aplikasi Zakat MAIPk mudahkan urusan pembayar zakat individu, korporat
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melancarkan aplikasi Zakat Perak untuk kemudahan pembayar zakat yang terdiri dari syarikat korporat dan juga individu.

- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melancarkan aplikasi Zakat Perak untuk kemudahan pembayar zakat yang terdiri dari syarikat korporat dan individu.
- Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari berkata, aplikasi itu dilancarkan untuk kemudahan pengguna telefon mudah alih serta menarik minat syarikat-syarikat korporat serta individu melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menunaikan ibadah.
- “Melalui aplikasi itu kita menyediakan sijil digital sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada syarikat dan individu di atas kesetiaan kepada MAIPk,” katanya selepas merasmikan majlis penutup Program Ziarah Korporat MAIPk (PZKM) 2023 dan pelancaran aplikasi Zakat Perak di Dewan Hotel Barron di sini.
TAIPING – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melancarkan aplikasi Zakat Perak untuk kemudahan pembayar zakat yang terdiri dari syarikat korporat dan juga individu.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari berkata, aplikasi itu dilancarkan untuk kemudahan pengguna telefon mudah alih serta menarik minat syarikat-syarikat korporat serta individu melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menunaikan ibadah.
“Aplikasi itu boleh dimuat turun di gedung pelayar bagi pengguna telefon Android dan iPhone sahaja. Ia memiliki beberapa objektif.
“Melalui aplikasi itu kita menyediakan sijil digital sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada syarikat dan individu di atas kesetiaan kepada MAIPk,” katanya selepas merasmikan majlis penutup Program Ziarah Korporat MAIPk (PZKM) 2023 dan pelancaran aplikasi Zakat Perak di Dewan Hotel Barron di sini.
Sebanyak 28 buah rumah telah diziarahi dan disantuni oleh para peserta melibatkan 60 orang peserta terdiri daripada 28 agensi syarikat.
Pada masa sama, menurut Shahrul Azam, aplikasi itu juga turut memuatkan logo beserta kod QR sebagai platform hebahan dakwah zakat kepada prospek pembayar zakat perniagaan supaya masyarakat dapat mengenal pasti mana-mana syarikat yang telah membayar zakat dengan lebih mudah.
“Ia juga memberi akses kepada orang ramai menyemak syarikat yang telah membayar zakat kepada MAIPk selain pengguna juga mendapat info promosi barangan dan perkhidmatan perniagaan dari syarikat itu.
“Aplikasi ini disediakan dengan harapan untuk menarik lebih banyak lagi syarikat agensi dan individu untuk membayar zakat perniagaan dan konsisten menunaikan ibadah zakat dengan MAIPk bagi membela nasib asnaf di Perak,” katanya.
Sumber: Kosmo
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN