Connect with us

Terkini

Akta khusus Anti-Ali Baba cegah rasuah, ketirisan ekonomi

KERAJAAN Perpaduan akan mengambil inisiatif untuk memperkenalkan satu akta khusus dan undang-undang Anti-Ali Baba yang semakin membarah dalam negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Akta khusus Anti-Ali Baba cegah rasuah, ketirisan ekonomi
Foto: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
  • Kerajaan Perpaduan akan mengambil inisiatif untuk memperkenalkan satu akta khusus dan undang-undang Anti-Ali Baba yang semakin membarah dalam negara.
  • Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, perangkaan dasar Anti-Ali Baba itu amat penting memandangkan negara kehilangan sekitar RM17 bilion hingga RM18 bilion kesan daripada amalan berkenaan.
  • Antara contoh amalan Ali Baba adalah perniagaan dimiliki rakyat tempatan tetapi disewakan kepada orang asing.
  • “Ali Baba wujud dalam perolehan projek, lesen perniagaan, subsidi, permit dan lain-lain. Bercakap kosong bukan lagi satu pilihan. 
  • “Cara Kerajaan Perpaduan adalah dengan menggunakan kaedah dasar dan strategi perundangan dan proses ini sedang berjalan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuatnaik di laman X beliau hari ini.
  • Jelas beliau, amalan Ali Baba itu perlu dibanteras kerana menjadi satu daripada punca rasuah serta menyebabkan ketirisan kepada ekonomi negara.

KERAJAAN Perpaduan akan mengambil inisiatif untuk memperkenalkan satu akta khusus dan undang-undang Anti-Ali Baba yang semakin membarah dalam negara.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, perangkaan dasar Anti-Ali Baba itu amat penting memandangkan negara kehilangan sekitar RM17 bilion hingga RM18 bilion kesan daripada amalan berkenaan.

Jelas beliau, antara contoh amalan Ali Baba adalah perniagaan dimiliki rakyat tempatan tetapi disewakan kepada orang asing.

“Ali Baba wujud dalam perolehan projek, lesen perniagaan, subsidi, permit dan lain-lain. Bercakap kosong bukan lagi satu pilihan. 

“Cara Kerajaan Perpaduan adalah dengan menggunakan kaedah dasar dan strategi perundangan dan proses ini sedang berjalan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuatnaik di laman X beliau hari ini.

Rafizi berkata, amalan Ali Baba juga menyebabkan kos projek yang sepatutnya murah, menjadi lebih mahal memandangkan permintaan komisen.

Jelas beliau, amalan Ali Baba itu perlu dibanteras kerana menjadi satu daripada punca rasuah serta menyebabkan ketirisan kepada ekonomi negara.

Untuk rekod, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan, kerajaan dalam proses merangka dasar anti-Ali Baba bagi menangani kesan negatif budaya itu terhadap ekonomi.

Jelas Perdana Menteri, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara akan mengkaji, merangka dasar serta strategi perundangan bersesuaian bagi membanteras kegiatan berkenaan.

Sumber: Utusan TV

Author