Connect with us

Antarabangsa

Ubat pertama dibangun AI generatif mula diberi kepada pesakit

Dos pertama ubat yang dibangunkan oleh kecerdasan buatan (AI) telah diserahkan kepada pesakit pertamanya.

Wartawan TMT

Published

on

Ubat pertama dibangun AI generatif mula diberi kepada pesakit
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dos pertama ubat yang dibangunkan oleh kecerdasan buatan (AI) telah diserahkan kepada pesakit pertamanya.
  • Insilico Medicine, sebuah syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Hong Kong mengumumkan bahawa pesakit manusia mula menerima ubat INS018_055, perencat molekul kecil antifibrosis.
  • Menurut syarikat itu, ubat tersebut ditemukan dan direka bentuk dengan AI generatif, lapor United Press International (UPI).
  • Ubat itu melalui dua fasa ujian sebelum diberikan kepada pesakit.
  • “Dengan potensi yang ditunjukkan terhadap kedua-dua fibrosis dan keradangan, INS018_055 boleh menawarkan pilihan lain untuk pesakit di seluruh dunia,” kata ketua pegawai eksekutif bersama dan ketua pegawai saintifik Insilico Medicine, Feng Ren dalam satu kenyataan.
  • Ubat itu direka oleh Pharma.AI dan dibangunkan sejak 2020.

Washington: Dos pertama ubat yang dibangunkan oleh kecerdasan buatan (AI) telah diserahkan kepada pesakit pertamanya.

Insilico Medicine, sebuah syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Hong Kong mengumumkan bahawa pesakit manusia mula menerima ubat INS018_055, perencat molekul kecil antifibrosis.

Menurut syarikat itu, ubat tersebut ditemukan dan direka bentuk dengan AI generatif, lapor United Press International (UPI).

Ubat itu melalui dua fasa ujian sebelum diberikan kepada pesakit.

“Dengan potensi yang ditunjukkan terhadap kedua-dua fibrosis dan keradangan, INS018_055 boleh menawarkan pilihan lain untuk pesakit di seluruh dunia,” kata ketua pegawai eksekutif bersama dan ketua pegawai saintifik Insilico Medicine, Feng Ren dalam satu kenyataan.

Ubat antifibrosis digunakan untuk menghalang pembentukan jumlah tisu berserabut yang tidak normal yang mungkin tumbuh di dalam organ.

INS018_055 sedang diuji untuk merawat fibrosis pulmonari idiopatik, penyakit paru-paru kronik. Kira-kira 5 juta orang terjejas oleh penyakit itu.

Ubat itu direka oleh Pharma.AI dan dibangunkan sejak 2020.

Ubat berkenaan juga sedang dikaji di bawah percubaan rawak, gelap ganda (double-blind), plasebo terkawal dan diberikan secara oral kepada pesakit untuk tempoh 12 minggu.

Syarikat itu berhasrat untuk mendaftar 60 subjek dengan fibrosis pulmonari idiopatik bagi menguji ubatan di 40 lokasi di Amerika Syarikat dan China.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending