Connect with us

Terkini

Tuntut sistem pendidikan berasaskan keperluan bukan kaum, gesaan MUDA bercanggah Perlembagaan – Peguam

Gesaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) supaya sistem pendidikan diubah daripada pendekatan berdasarkan kaum kepada keperluan adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Hidayah Sani

Published

on

Tuntut sistem pendidikan berasaskan keperluan bukan kaum, gesaan MUDA bercanggah Perlembagaan – Peguam
Foto: Peguam, Aidil Khalid (kiri) dan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan).
  • Gesaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) supaya sistem pendidikan diubah daripada pendekatan berdasarkan kaum kepada keperluan adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
  • Peguam, Aidil Khalid berkata gesaan itu juga boleh disifatkan sebagai perbuatan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara.
  • Beliau menegaskan rizab kuota keistimewaan pendidikan bagi individu Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak bukan isu politik yang boleh dimainkan kelompok itu untuk mendapatkan populariti dalam kalangan penyokong mahupun pengundi liberal mereka.
  • “Rizab kuota itu berpunca kuasa dari Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, dan ia tidak boleh dibuat main”. – Aidil Khalid
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas artikel bertajuk, ‘Sistem Pendidikan Berdasarkan Kaum Perlu Diubah, Kata MUDA’ yang disiarkan sebuah portal tempatan.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata sistem kuota Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan perlu dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar kaum itu di institusi pengajian tinggi (IPT).

KUALA LUMPUR — Gesaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) supaya sistem pendidikan diubah daripada pendekatan berdasarkan kaum kepada keperluan adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Peguam, Aidil Khalid berkata gesaan itu juga boleh disifatkan sebagai perbuatan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara.

Beliau menegaskan rizab kuota keistimewaan pendidikan bagi individu Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak bukan isu politik yang boleh dimainkan kelompok itu untuk mendapatkan populariti dalam kalangan penyokong mahupun pengundi liberal mereka. 

Katanya, rizab kuota itu berpunca kuasa dari Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan ia tidak boleh dimainkan dengan sewenang-wenangnya.

“Masa mula-mula baca tajuk berita ini, saya ingatkan MUDA nak sokong sekolah satu bahasa — supaya hapuskan sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil di negara ini, semua menggunakan bahasa kebangsaan demi untuk perpaduan rakyat berbilang bangsa. Wah, macam tak percaya.

“Tapi bila dibaca inti berita, rupa-rupanya it is too good to be true, coming from MUDA. Ternyata apa sebenarnya digesa MUDA untuk diubah, ialah supaya dihapus sistem kuota untuk masuk ke institusi pendidikan. Dengan kata lain, beliau nak kan supaya kuota Melayu-Bumiputera itu dihapuskan.

“Gesaan seperti ini bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan, ia bahkan adalah jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas artikel bertajuk ‘Sistem Pendidikan Berdasarkan Kaum Perlu Diubah, Kata MUDA’ yang disiarkan sebuah portal tempatan.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata perubahan itu bagi memastikan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran mendapat tempat di universiti.

Mengulas lanjut, Aidil Khalid berkata Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan melarang mana-mana individu daripada mempersoalkan mengenai apa-apa perkara yang menyentuh hak, taraf, kedudukan, keistimewaan yang diperuntukkan di bawah Perkara 153 Perlembagaan. 

Katanya, jika dipersoalkan juga individu terbabit boleh disabitkan dengan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun di bawah seksyen 4(1).

“Makna kata, nak cadang seperti apa yang Syed Saddiq cadangkan itu pun, memang dari awal lagi, dah tak boleh.

“Masalah dengan pendirian oleh MUDA ini ialah, mereka desak supaya sistem kuota berdasarkan kaum dihapuskan, supaya kononnya menjadi lebih adil dan saksama; tapi sistem sekolah yang berpecah-pecah berasaskan bahasa kaum, tidak pula dia nampak, dan tidak pula hendak dia desak supaya dihapuskan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata sistem kuota Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan perlu dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar kaum itu di institusi pengajian tinggi (IPT).

Walaupun sistem itu dikekalkan, ia tidak bermakna sistem meritokrasi dimatikan, kata Anwar.

Perdana Menteri berkata jika ada pelajar dari kalangan anak-anak bukan Melayu dan Bumiputera yang cemerlang, kerajaan perlu mencari kaedah memberikan mereka peluang dan tidak disisihkan. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Aidil Khalid

Author

Kolumnis

Islam tetapkan dasar hak pekerja lebih awal dari Barat

TARIKH 1 Mei adalah hari ditetapkan dunia Barat bagi memperingati perjuangan para buruh dalam menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja semasa era Revolusi Perindustrian kira-kira 140 tahun lalu.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

TARIKH 1 Mei adalah hari ditetapkan dunia Barat bagi memperingati perjuangan para buruh dalam menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja semasa era Revolusi Perindustrian kira-kira 140 tahun lalu.

Sejak saat itu, tarikh tersebut didedikasikan sebagai ‘Hari Pekerja’ bagi meraikan semua yang bergelar pekerja di seluruh dunia.  

Namun, fahaman itu adalah fahaman simplistik yang mengaitkan Hari Pekerja hanyalah hari untuk berehat dan bersantai sempena cuti umum. 

Sedangkan, terdapat peristiwa hitam di sebalik ‘keseronokan’ cuti Hari Pekerja di mana untuk mencapai ke detik itu, telah banyak nyawa terkorban dalam menuntut hak-hak pekerja. 

Barat perlu bermati-matian tetap dasar hak pekerja 

Kemuncak kepada perjuangan buruh itu sudah tentulah dikaitkan dengan Rusuhan Haymarket di Chicago, Amerika Syarikat pada 4 Mei 1886 yang menjadi akar kepada sejarah Hari Pekerja. 

Foto: Peristiwa rusuhan Haymarket di Chicago pada 4 Mei 1886

Rusuhan itu berpunca daripada kezaliman pemilik kilang industri yang menindas tenaga buruh supaya mereka bekerja lebih masa dengan kadar upah rendah semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan peribadi. 

Ada buruh dipaksa bekerja 16 jam sehari. Malah, ada yang terpaksa bekerja selama 19 jam sehari tanpa diberikan sebarang cuti. Dan upah diterima tidak setimpal dengan kadar jam yang mereka kerjakan. 

Disebabkan tiada sebarang kawalan daripada kerajaan, kilang-kilang industri ini bebas untuk memperlakukan apa-apa sahaja terhadap tenaga buruh mereka walaupun ditindas seperti ‘hamba’. 

Malah di samping dunia Barat pada ketika itu, tidak mempunyai asas dan dasar yang boleh mengangkat hak-hak asasi kemanusiaan. 

Maka para buruh perlu berjuang bermati-matian dan berdemonstrasi bagi menuntut dan menetapkan hak buat mereka. 

Iaitu hak bekerja lapan jam sehari, hak bercuti rehat seminggu sekali serta hak dibayar upah setimpal. 

Perjuangan inilah yang akhirnya membawa kepada sambutan Hari Buruh Antarabangsa atau Labour Day pada 1 Mei setiap tahun dan hak-hak inilah yang menjadi teras kepada tenaga sumber manusia di zaman moden. 

Justeru itu, sehingga kini ramai memandang ke arah dunia Barat sebagai peneraju dalam menetapkan dasar hak-hak pekerja dan paling terkedepan dalam mencari solusi isu hak pekerja. 

Muslim usah inferior, Islam sudah lama ada hak pekerja anti penindasan 

Sedangkan menariknya, Islam telah lama mengakui dan membawa dasar hak-hak pekerja anti-penindasan yang diperjuangkan Barat sejak 1400 tahun dahulu tanpa perlu berlakunya pertumpahan darah. 

Dalam ajaran Islam, pekerja dianggap seperti saudara dan pembantu yang layak dilayan dengan manusiawi, cermat dan perlu dijaga hak dan kebajikannya sepanjang tempoh mereka berkhidmat.  

“Mereka adalah saudara dan pembantu kalian, Allah telah menjadikan mereka di bawah (kekuasaan) tangan-tangan kalian. Barangsiapa yang keadaan saudaranya berada di bawah kekuasaannya, hendaklah ia memberi makan dari apa yang ia makan, memberi pakaian dari apa yang ia pakai, dan janganlah kalian memberinya pekerjaan yang tidak sanggup mereka kerjakan. Jika kalian membebaninya pekerjaan, maka bantulah mereka!” (Sahih Bukhari, No. 30) 

Berbeza dengan dunia Barat di mana pekerja perlu bermati-matian untuk menuntut hak-hak mereka daripada majikan, sebaliknya para sahabat Nabi SAW, yang juga majikan, dengan mudahnya mengimplementasikan dasar itu dan memberikan hak-hak pekerja kepada hamba-hamba mereka. 

Contohnya dari kehidupan para sahabat seperti kisah Salman RA dan Abu Dzar RA menunjukkan bagaimana mereka tidak membebani pekerja dengan tugas yang berat dan menjaga kebajikan pekerjanya. 

Abu Qilabah meriwayatkan: Seorang lelaki masuk ke rumah Salman RA, sedang dia menguli tepung. Lelaki itu berkata, “Apakah ini?”. Salman berkata, “Kami mengutus hamba itu untuk suatu urusan dan kami tidak suka jika dia mempunyai dua tugas sekaligus.” (Ḥilyat al-Awliyā’, No. 657)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan Ibnu Syuaib RA berkata: “Aku pernah menemui Abu Dzar di daerah Rabbah, aku melihat Abu Dzar memakai jubah dan hambanya juga memakai jubah yang sama juga.” (Sahih Bukhari, No. 30) 

Meskipun Islam telah memperkenalkan nilai anti-penindasan dan hak-hak pekerja terlebih dahulu dari Barat, sayangnya, nilai dan hak tersebut jarang diperkatakan secara luas seperti Barat. 

Barangkali disebabkan Muslim sendiri berasa ‘inferior’ dengan nilai Islam dan terlalu memandang tinggi terhadap nilai Barat sedangkan nilai Islam hakikatnya sudah jauh mendahului nilai Barat. 

Contohnya, hak dibayar upah setimpal yang diperjuangkan Barat. Islam memerintahkan majikan bukan sahaja perlu membayar pekerjanya dengan upah setimpal, namun penggajiannya perlu cepat dan disegerakan. 

Rasulullah SAW bersabda: “Berikanlah upah pekerja (buruh) sebelum kering peluhnya.” (Sunan Ibn Majah, No. 2443) 

Imam Al-Munawi dalam kitabnya, Faidh Al-Qadir berkata: “Haram hukumnya menunda gaji pekerja jika tiada kekangan untuk disegerakan. Perintah untuk menyerahkan gaji sebelum mengering peluh para pekerja adalah satu kiasan atas wajibnya menyegerakan setelah pekerjaan mereka selesai, walau para pekerja memintanya meskipun belum sampai berpeluh, atau berpeluh dan telah kering.” 

Walaupun demikian penggajian boleh juga mengikut persetujuan sama ada harian, mingguan atau bulanan. Jika ianya telah dipersetujui, maka hendaklah ditunaikan mengikut persetujuan. 

“Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati.” (Jami’ at-Tirmidhi, No. 1352) 

Kesimpulan 

Bayangkan sejak 1400 tahun lalu, dari sistem kontrak antara majikan dan pekerja, sistem penggajian sehinggalah hal ehwal kebajikan dan implementasinya telah dititik beratkan dalam dunia Islam. 

Malah terdapat satu amaran keras terhadap majikan yang menzalimi dan menindas pekerjanya. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW meriwayatkan bahawa Allah SWT berfirman: 

“Terdapat tiga golongan yang akan menjadi musuhKu pada hari kiamat…(salah satunya ialah) orang yang mempekerjakan orang lain, namun setelah orang tersebut memenuhi tugasnya, upahnya tidak dibayarkan.” (Sahih Bukhari, No. 2227) 

Sesungguhnya, nilai-nilai dan hak-hak pekerja dalam Islam adalah solusi yang cukup adil dan saksama kerana ia diberi oleh Tuhan yang Maha Mengetahui, yang tahu apa yang terbaik dan terburuk untuk setiap makhlukNya. – The Merdeka Times 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending