Terkini
UEC pecah belahkan anak bangsa, celaru & negatif – Bekas KP Pendidikan
Tidak dinafikan apabila menyentuh isu Unified Examination Certificate (UEC) yang sudah lama menghantui kita, bahawa sesama kita terdapat krisis kepercayaan kerana anak-anak kita sejak dibangku sekolah lagi contohnya sudah dipisahkan dengan dasar pendidikan perkauman yang diajarkan oleh UEC itu sendiri.
- Tidak dinafi bila sentuh isu UEC, bahawa terdapat krisis kepercayaan kerana sejak dibangku sekolah lagi sudah dipisahkan dengan dasar pendidikan perkauman yang diajarkan oleh UEC itu sendiri.
- “Saya sendiri melihat buku-buku teks Dong Zong yang diajarkan kepada pelajar UEC dan terlalu banyak kecelaruan dan pengaruh negatif yang diajarkan oleh mereka dengan berkiblatkan negara China dan Taiwan,” – Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Raof Hussin mengenai isu UEC.
- “Inilah punca besar kenapa hingga kini soal perpaduan sukar dicapai dan sesama bangsa di negara ini masih mempunyai keraguan dan krisis kepercayaan terhadap satu bangsa,” katanya.
KUALA LUMPUR, 07 Disember 2022 – Tidak dinafikan apabila menyentuh isu Unified Examination Certificate (UEC) yang sudah lama menghantui kita, bahawa sesama kita terdapat krisis kepercayaan kerana anak-anak kita sejak dibangku sekolah lagi contohnya sudah dipisahkan dengan dasar pendidikan perkauman yang diajarkan oleh UEC itu sendiri.
“Saya sendiri meneliti buku-buku teks Dong Zong yang diajarkan kepada pelajar UEC dan melihat bahawa terlalu banyak kecelaruan dan pengaruh negatif yang diajarkan oleh mereka kepada anak-anak ini dengan berkiblatkan negara China dan Taiwan,” kata bekas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Raof Hussin mengenai isu UEC.
Jelasnya, inilah antara punca besar mengapa sehingga kini soal perpaduan sukar dicapai dan sesama bangsa di negara ini masih mempunyai keraguan dan krisis kepercayaan terhadap sesuatu bangsa.
Tambah beliau, jika hal ini berterusan sampai bila bangsa yang berbilang kaum ini dapat bersatu padu. Permusuhan sentiasa akan terbina kerana sistem pendidikan yang berlainan dari acuan pembentukan sahsiah dan moral yang sangat bertentangan.
“Bukan sahaja mengenai masalah UEC, sekolah vernakular dan juga isu penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga menjadi antara punca masalah perpaduan ini tidak bertitik noktah dan perkara itu langsung tidak diperjuangkan oleh Dong Zong,” katanya.
Jelas beliau lagi, apa yang diajarkan oleh Dong Zong di dalam pendidikan UEC ini juga amat bertentangan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Bahasa Melayu diperuntukkan sebagai bahasa pengantar rasmi.
“Tidakkah perkara ini sama sekali sudah cukup bercanggah dengan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata, buku-buku teks yang diajarkan kepada pelajarnya juga memberi persepsi negatif kerana membawa fahaman luar dari negara kita dengan isi konteksnya yang bersifat mahu mempengaruhi orang-orang Cina untuk tidak cintakan negara.
Sebab itulah UEC ini tidak boleh diterima sama sekali kerana ia lebih kepada negatif berbanding positifnya kerana nilai-nilai siviknya sangat lemah yang akhirnya membentuk mentaliti pendatang asing yang terasing di dalam masyarakat umum.
Selain itu, pengiktirafan Sijil Unified Examination Certificate (UEC), jika dilakukan, dilihat sebagai tidak adil kepada bangsa Cina dan India yang mengikuti aliran kebangsaan.
Bagaimana kelak, anak cucu kita akan dapat sama-sama bergaul sebab selagi benda ini tidak diselesaikan, maka negara kita akan menghadapi masalah yang cukup besar pada masa akan datang.
Justeru, jika UEC ini diiktiraf maka semua ini tidak akan pernah berakhir, yakni anak-anak kita tidak akan dapat belajar dan berkongsi akses kepada kemudahan pendidikan yang sama, satu sekolah untuk semua seperti yang dipacu dan menjadi misi dasar Sekolah Kebangsaan.
Sepatutnya, Dong Zong sedar sistem pendidikan satu aliran yang diperjuangkan melalui dasar pendidikan kebangsaan bukan semata-mata untuk jaga orang Melayu, malah membela nasib bangsa lain selain dapat menyatupadukan semua golongan rakyat.
Kebanyakan, di kalangan bukan Melayu juga bersetuju dengan sistem pendidikan satu aliran tetapi kewujudan Dong Zong ini adalah sebagai barah kepada perpecahan yang sepatutnya sudah lama terbina selepas 65 tahun kemerdekaan kita dicapai.
“Jangan kerana orang politik, dasar pendidikan negara menjadi semakin mundur. Negara perlu mengamalkan hanya satu sistem aliran pendidikan kebangsaan saja yang diseragamkan dan disepadukan dengan baik bagi menyatukan semua kaum di dalam Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.
Sumber: Samudera
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times