Connect with us

Terkini

Tangani budaya negatif dalam ekonomi, Kerajaan rangka dasar anti Ali Baba

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan dalam proses merangka dasar anti Ali Baba bagi menangani kesan negatif budaya itu terhadap ekonomi.

Wartawan TMT

Published

on

Tangani budaya negatif dalam ekonomi, Kerajaan rangka dasar anti Ali Baba
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri).
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan dalam proses merangka dasar anti Ali Baba bagi menangani kesan negatif budaya itu terhadap ekonomi.
  • Perdana Menteri berkata, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara akan mengkaji, merangka dasar serta strategi perundangan bersesuaian untuk membanteras kegiatan berkenaan.
  • “Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam, bersetuju secara prinsip budaya Ali Baba memberi dampak negatif kepada ekonomi dan kerajaan serius untuk menangani dan membasmi aktiviti ini.
  • “Anggaran kerugian mencecah sekitar satu peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan membabitkan aspek perolehan, pelesenan, pemberian permit dan kuota serta pemberian subsidi dan geran.
  • “Oleh yang demikian, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara dengan pembabitan kementerian dan agensi kerajaan, akan mengkaji dan merangka dasar serta strategi perundangan bersesuaian untuk membanteras aktiviti Ali Baba dan membentangkan cadangan kepada Jemaah Menteri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan dalam proses merangka dasar anti Ali Baba bagi menangani kesan negatif budaya itu terhadap ekonomi.

Perdana Menteri berkata Kementerian Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara akan mengkaji, merangka dasar serta strategi perundangan bersesuaian untuk membanteras kegiatan berkenaan.

“Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam, bersetuju secara prinsip budaya Ali Baba memberi dampak negatif kepada ekonomi dan kerajaan serius untuk menangani dan membasmi aktiviti ini.

“Anggaran kerugian mencecah sekitar satu peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan membabitkan aspek perolehan, pelesenan, pemberian permit dan kuota serta pemberian subsidi dan geran.

“Oleh yang demikian, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara dengan pembabitan kementerian dan agensi kerajaan, akan mengkaji dan merangka dasar serta strategi perundangan bersesuaian untuk membanteras aktiviti Ali Baba dan membentangkan cadangan kepada Jemaah Menteri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anwar berkata, mesyuarat sama turut bersetuju mempercepat inisiatif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) selaku pemangkin kepada strategi mengangkat negara sebagai peneraju serantau dalam tenaga boleh baharu.

Peluncuran Fasa Pertama NETR akan diadakan pada 27 Julai ini, disusuli Fasa Kedua pada Ogos depan.

“Projek-projek Flagship Rintis dan inisiatif NETR bagi meningkatkan penyertaan industri mengenai hala tuju baharu, kerajaan dalam meneroka sumber tenaga baharu dan membentuk permintaan pasaran, serta mengenal pasti sumber kewangan untuk menangani jurang pembiayaan bagi projek itu.

“Fasa pertama NETR akan mengetengahkan 10 projek rintis perdana yang strategik dan bernilai tinggi sebagai langkah pelaksanaan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 dengan jangkaan pelaburan bernilai RM25 bilion.

“Ia akan mewujudkan 23,000 pekerjaan berkualiti tinggi dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida setara melebihi 10,000 gigagram secara bertimbunan,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Perdana Menteri berkata, MTEN akan terus merumuskan langkah dan inisiatif baharu untuk menangani pelbagai tantangan membabitkan perekonomian negara.

“Selain itu, kerajaan juga akan memastikan penambahbaikan tata kelola dan perubahan struktur secara teratur demi meningkatkan potensi ekonomi negara.

“Kerajaan sentiasa berusaha memastikan negara mencapai Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 dan sentiasa bergerak maju ke hadapan seiring kemajuan teknologi semasa dan memenuhi keperluan sosio ekonomi rakyat bagi menjamin kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Islam tetapkan dasar hak pekerja lebih awal dari Barat

TARIKH 1 Mei adalah hari ditetapkan dunia Barat bagi memperingati perjuangan para buruh dalam menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja semasa era Revolusi Perindustrian kira-kira 140 tahun lalu.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

TARIKH 1 Mei adalah hari ditetapkan dunia Barat bagi memperingati perjuangan para buruh dalam menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja semasa era Revolusi Perindustrian kira-kira 140 tahun lalu.

Sejak saat itu, tarikh tersebut didedikasikan sebagai ‘Hari Pekerja’ bagi meraikan semua yang bergelar pekerja di seluruh dunia.  

Namun, fahaman itu adalah fahaman simplistik yang mengaitkan Hari Pekerja hanyalah hari untuk berehat dan bersantai sempena cuti umum. 

Sedangkan, terdapat peristiwa hitam di sebalik ‘keseronokan’ cuti Hari Pekerja di mana untuk mencapai ke detik itu, telah banyak nyawa terkorban dalam menuntut hak-hak pekerja. 

Barat perlu bermati-matian tetap dasar hak pekerja 

Kemuncak kepada perjuangan buruh itu sudah tentulah dikaitkan dengan Rusuhan Haymarket di Chicago, Amerika Syarikat pada 4 Mei 1886 yang menjadi akar kepada sejarah Hari Pekerja. 

Foto: Peristiwa rusuhan Haymarket di Chicago pada 4 Mei 1886

Rusuhan itu berpunca daripada kezaliman pemilik kilang industri yang menindas tenaga buruh supaya mereka bekerja lebih masa dengan kadar upah rendah semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan peribadi. 

Ada buruh dipaksa bekerja 16 jam sehari. Malah, ada yang terpaksa bekerja selama 19 jam sehari tanpa diberikan sebarang cuti. Dan upah diterima tidak setimpal dengan kadar jam yang mereka kerjakan. 

Disebabkan tiada sebarang kawalan daripada kerajaan, kilang-kilang industri ini bebas untuk memperlakukan apa-apa sahaja terhadap tenaga buruh mereka walaupun ditindas seperti ‘hamba’. 

Malah di samping dunia Barat pada ketika itu, tidak mempunyai asas dan dasar yang boleh mengangkat hak-hak asasi kemanusiaan. 

Maka para buruh perlu berjuang bermati-matian dan berdemonstrasi bagi menuntut dan menetapkan hak buat mereka. 

Iaitu hak bekerja lapan jam sehari, hak bercuti rehat seminggu sekali serta hak dibayar upah setimpal. 

Perjuangan inilah yang akhirnya membawa kepada sambutan Hari Buruh Antarabangsa atau Labour Day pada 1 Mei setiap tahun dan hak-hak inilah yang menjadi teras kepada tenaga sumber manusia di zaman moden. 

Justeru itu, sehingga kini ramai memandang ke arah dunia Barat sebagai peneraju dalam menetapkan dasar hak-hak pekerja dan paling terkedepan dalam mencari solusi isu hak pekerja. 

Muslim usah inferior, Islam sudah lama ada hak pekerja anti penindasan 

Sedangkan menariknya, Islam telah lama mengakui dan membawa dasar hak-hak pekerja anti-penindasan yang diperjuangkan Barat sejak 1400 tahun dahulu tanpa perlu berlakunya pertumpahan darah. 

Dalam ajaran Islam, pekerja dianggap seperti saudara dan pembantu yang layak dilayan dengan manusiawi, cermat dan perlu dijaga hak dan kebajikannya sepanjang tempoh mereka berkhidmat.  

“Mereka adalah saudara dan pembantu kalian, Allah telah menjadikan mereka di bawah (kekuasaan) tangan-tangan kalian. Barangsiapa yang keadaan saudaranya berada di bawah kekuasaannya, hendaklah ia memberi makan dari apa yang ia makan, memberi pakaian dari apa yang ia pakai, dan janganlah kalian memberinya pekerjaan yang tidak sanggup mereka kerjakan. Jika kalian membebaninya pekerjaan, maka bantulah mereka!” (Sahih Bukhari, No. 30) 

Berbeza dengan dunia Barat di mana pekerja perlu bermati-matian untuk menuntut hak-hak mereka daripada majikan, sebaliknya para sahabat Nabi SAW, yang juga majikan, dengan mudahnya mengimplementasikan dasar itu dan memberikan hak-hak pekerja kepada hamba-hamba mereka. 

Contohnya dari kehidupan para sahabat seperti kisah Salman RA dan Abu Dzar RA menunjukkan bagaimana mereka tidak membebani pekerja dengan tugas yang berat dan menjaga kebajikan pekerjanya. 

Abu Qilabah meriwayatkan: Seorang lelaki masuk ke rumah Salman RA, sedang dia menguli tepung. Lelaki itu berkata, “Apakah ini?”. Salman berkata, “Kami mengutus hamba itu untuk suatu urusan dan kami tidak suka jika dia mempunyai dua tugas sekaligus.” (Ḥilyat al-Awliyā’, No. 657)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan Ibnu Syuaib RA berkata: “Aku pernah menemui Abu Dzar di daerah Rabbah, aku melihat Abu Dzar memakai jubah dan hambanya juga memakai jubah yang sama juga.” (Sahih Bukhari, No. 30) 

Meskipun Islam telah memperkenalkan nilai anti-penindasan dan hak-hak pekerja terlebih dahulu dari Barat, sayangnya, nilai dan hak tersebut jarang diperkatakan secara luas seperti Barat. 

Barangkali disebabkan Muslim sendiri berasa ‘inferior’ dengan nilai Islam dan terlalu memandang tinggi terhadap nilai Barat sedangkan nilai Islam hakikatnya sudah jauh mendahului nilai Barat. 

Contohnya, hak dibayar upah setimpal yang diperjuangkan Barat. Islam memerintahkan majikan bukan sahaja perlu membayar pekerjanya dengan upah setimpal, namun penggajiannya perlu cepat dan disegerakan. 

Rasulullah SAW bersabda: “Berikanlah upah pekerja (buruh) sebelum kering peluhnya.” (Sunan Ibn Majah, No. 2443) 

Imam Al-Munawi dalam kitabnya, Faidh Al-Qadir berkata: “Haram hukumnya menunda gaji pekerja jika tiada kekangan untuk disegerakan. Perintah untuk menyerahkan gaji sebelum mengering peluh para pekerja adalah satu kiasan atas wajibnya menyegerakan setelah pekerjaan mereka selesai, walau para pekerja memintanya meskipun belum sampai berpeluh, atau berpeluh dan telah kering.” 

Walaupun demikian penggajian boleh juga mengikut persetujuan sama ada harian, mingguan atau bulanan. Jika ianya telah dipersetujui, maka hendaklah ditunaikan mengikut persetujuan. 

“Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati.” (Jami’ at-Tirmidhi, No. 1352) 

Kesimpulan 

Bayangkan sejak 1400 tahun lalu, dari sistem kontrak antara majikan dan pekerja, sistem penggajian sehinggalah hal ehwal kebajikan dan implementasinya telah dititik beratkan dalam dunia Islam. 

Malah terdapat satu amaran keras terhadap majikan yang menzalimi dan menindas pekerjanya. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW meriwayatkan bahawa Allah SWT berfirman: 

“Terdapat tiga golongan yang akan menjadi musuhKu pada hari kiamat…(salah satunya ialah) orang yang mempekerjakan orang lain, namun setelah orang tersebut memenuhi tugasnya, upahnya tidak dibayarkan.” (Sahih Bukhari, No. 2227) 

Sesungguhnya, nilai-nilai dan hak-hak pekerja dalam Islam adalah solusi yang cukup adil dan saksama kerana ia diberi oleh Tuhan yang Maha Mengetahui, yang tahu apa yang terbaik dan terburuk untuk setiap makhlukNya. – The Merdeka Times 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending