Connect with us

Terkini

Semakan semula Akta Hasutan proses biasa – Pakar Perlembagaan

Semakan semula Akta Hasutan 1948 seperti yang dipersetujui Jemaah Menteri disifatkan sebagai proses biasa untuk setiap undang-undang mengikut peredaran zaman.

Wartawan TMT

Published

on

Semakan semula Akta Hasutan proses biasa – Pakar Perlembagaan
Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.
  • Semakan semula Akta Hasutan 1948 seperti yang dipersetujui Jemaah Menteri disifatkan sebagai proses biasa untuk setiap undang-undang mengikut peredaran zaman.
  • Pakar Perlembagaan Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz bagaimanapun berkata semakan terhadap undang-undang itu perlu mengambil kira beberapa perkara terutamanya dari segi tujuan akta ini diwujudkan dan implikasi sekiranya akta ini ditiadakan.
  • “Saya fikir ianya adalah proses biasa untuk setiap undang-undang, di mana undang-undang itu harus disemak mengikut zaman tanpa mengorbankan prisip-prinsip asas.”
  • “Sebelum ini kita lihat akta ini telah dicadangkan untuk dimansuhkan dan kemudian pada tahun 2017 suatu pindaan telah dibuat pada akta itu tetapi sehingga kini pindaan yang berlaku pada akta ini belum diwartakan,” katanya.

PETALING JAYA – Semakan semula Akta Hasutan 1948 seperti yang dipersetujui Jemaah Menteri disifatkan sebagai proses biasa untuk setiap undang-undang mengikut peredaran zaman.

Pakar Perlembagaan Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz bagaimanapun berkata semakan terhadap undang-undang itu perlu mengambil kira beberapa perkara terutamanya dari segi tujuan akta ini diwujudkan dan implikasi sekiranya akta ini ditiadakan.

“Saya fikir ianya adalah proses biasa untuk setiap undang-undang, di mana undang-undang itu harus disemak mengikut zaman tanpa mengorbankan prisip-prinsip asas.”

“Sebelum ini kita lihat akta ini telah dicadangkan untuk dimansuhkan dan kemudian pada tahun 2017 suatu pindaan telah dibuat pada akta itu tetapi sehingga kini pindaan yang berlaku pada akta ini belum diwartakan,” katanya.

Ujar Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu cabaran utama Akta Hasutan ini adalah pelaksanaanya berikutan terdapat persepsi yang mengatakan ia sering menjadi senjata politik untuk mendiamkan pihak lawan.

“Akta Hasutan seringkali dikatakan menjadi senjata kepada pihak kerajaan untuk mendiamkan lawan politik tetapi saya lihat pihak penguatkuasa atau pihak pelaksana kepada akta ini harus objektif tidak mengira siapa sekiranya kenyataan-kenyataan itu jatuh salah satu di bawah peruntukan di bawah seksyen 3 Akta Hasutan itu maka ia perlu dilaksanakan,” katanya.

Jemaah Menteri hari bersetuju secara prinsip supaya Akta Hasutan 1948 (Akta 15) disemak bagi memastikan ia digunakan hanya untuk melindungi institusi Raja daripada sebarang provokasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata aspek lain berkenaan provokasi membabitkan agama dan bangsa akan turut diteliti termasuk penggubalan perundangan baharu jika perlu.

Sumber: Buletin TV3

Author

Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending