Connect with us

Terkini

Saya bukan boneka sesiapa, tidak boleh dibeli dengan wang – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau bukan boneka kepada sesiapa dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Wartawan TMT

Published

on

Saya bukan boneka sesiapa, tidak boleh dibeli dengan wang - Anwar
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau bukan boneka kepada sesiapa dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
  • Menurutnya, beliau tidak memimpin Kerajaan Perpaduan di bawah telunjuk DAP seperti dicanang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
  • “Dia (Mahathir) kata kita tunduk kepada DAP yang kuasai kerusi, saya ingin jelaskan, saya bukan boneka sesiapa.”
  • Katanya rakan-rakan sejawat (pemimpin pelbagai parti dan kaum) itu penting dalam menjaga keharmonian dan perpaduan dalam negara.
  • Anwar berkata, beliau tidak bermaksud untuk mempertahankan rakan-rakan dalam DAP, tetapi sepanjang mesyuarat Kabinet, mereka tidak pernah langsung mempertikaikan program untuk orang Melayu dan Islam dalam tempoh tujuh bulan Kerajaan Perpaduan terbentuk.
  • Sebelum ini, Mahathir mendakwa  DAP mempunyai pengaruh yang kuat dalam Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar malah, kerajaan sedia ada akan tumbang jika DAP menarik sokongan dalam kerajaan.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau bukan boneka kepada sesiapa dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Menurutnya, beliau tidak memimpin Kerajaan Perpaduan di bawah telunjuk DAP seperti yang dicanang oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Dia (Mahathir) kata kita tunduk kepada DAP yang kuasai kerusi, saya ingin jelaskan, saya bukan boneka sesiapa.

“Alhamdulillah, umur akan mencecah 76, saya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, kalau boleh dibeli dah melencong lama dah,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku Adab Perbezaan Dalam Islam di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya rakan-rakan sejawat (pemimpin pelbagai parti dan kaum) itu penting dalam menjaga keharmonian dan perpaduan dalam negara.

Anwar berkata, beliau tidak bermaksud untuk mempertahankan rakan-rakan dalam DAP, tetapi sepanjang mesyuarat Kabinet, mereka tidak pernah langsung mempertikaikan program untuk orang Melayu dan Islam dalam tempoh tujuh bulan Kerajaan Perpaduan terbentuk.

Sebelum ini, Mahathir mendakwa  DAP mempunyai pengaruh yang kuat dalam Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar malah, kerajaan sedia ada akan tumbang jika DAP menarik sokongan dalam kerajaan.

Advertisement

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata, Mahathir tidak wajar meletakkan kegagalan sebagai Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh kepada pihak lain.

“Jika kamu yang gagal dulu, kamu pimpin berpuluh tahun, itu salah kamu, bukan salah penyokong kamu.

“Mengapa ekonomi Melayu tidak terangkat sekarang, mengapa semua mesti saya selesaikan dalam tujuh bulan, dengan hutang RM1.5 trilion.

“Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Kedua) mula hutang, untuk apa? Buka FELDA, jalan luar bandar, sekolah-sekolah baharu, itu keputusan baik yang saya sokong. Tapi, hutang kemudian itu apa? Projek mega untuk disakau berbilion, kemudian mahu kita pertahankan (negara) dengan guna Melayu dan Islam,” katanya.

Katanya, beliau sama sekali tidak akan mengizinkan amalan ‘sakau’ duit dilakukan dalam kalangan menterinya termasuk juga dirinya.

Jelasnya lagi, beliau juga akan terus mempertahankan hak dan keadilan kepada semua warganegara Malaysia termasuk mereka yang bukan beragama Islam.

Advertisement

“Saya sebagai seorang Muslim tentunya ada tanggungjawab kepada Islam tapi saya juga tahu sebagai pemimpin di negara ini, saya akan pertahankan hak semua warganegara.

“Saya akan tetap meningkatkan syiar dan memastikan penghayatan Islam yang lebih bermakna dan tetap juga pertahankan hak dan keadilan setiap warganegara termasuk yang bukan Islam,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Jangan tangguh, tolak tawaran MARA jika tidak mampu – Asyraf Wajdi

Ibu bapa dan pelajar dinasihatkan supaya tidak menangguhkan atau menolak tawaran dari Institut Kemahiran Mara (IKM) atau mana-mana Institusi Pendidikan MARA. 

Avatar

Published

on

Foto: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Ibu bapa dan pelajar dinasihatkan tidak menangguh atau menolak tawaran Institut Kemahiran Mara (IKM) atau mana-mana Institusi Pendidikan MARA. 
  • Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana membantu pelajar miskin dan daripada keluarga berpendapatan rendah menjadi keutamaan MARA. 
  • ““Anak saya dapat tawaran ke Institut Kemahiran MARA Besut tapi kami ada masalah wang untuk membayar pendaftaran RM350. Boleh ke saya minta untuk tangguh pengajian dia atau tolak tawaran tersebut?”. Mesej yang saya terima dalam inbox facebook saya pagi ini (semalam).
  • “Saya sudahpun minta semua institusi pendidikan MARA, jika ada kes-kes pelajar yang tidak mampu bayar yuran atau kos-kos awalan lain, terima dahulu mereka masuk. 
  • “Pelajar-pelajar boleh bayar secara ansuran atau banyak kaedah lain untuk membantu”, katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam. 

KUALA LUMPUR – Ibu bapa dan pelajar dinasihatkan supaya tidak menangguhkan atau menolak tawaran dari Institut Kemahiran Mara (IKM) atau mana-mana Institusi Pendidikan MARA. 

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana membantu pelajar miskin dan daripada keluarga berpendapatan rendah sememangnya menjadi keutamaan MARA. 

““Anak saya dapat tawaran ke Institut Kemahiran MARA Besut tapi kami ada masalah wang untuk membayar pendaftaran RM350. Boleh ke saya minta untuk tangguh pengajian dia atau tolak tawaran tersebut?”. Mesej yang saya terima dalam inbox facebook saya pagi ini (semalam).

“Saya sudahpun minta semua institusi pendidikan MARA, jika ada kes-kes pelajar yang tidak mampu bayar yuran atau kos-kos awalan lain, terima dahulu mereka masuk. 

“Pelajar-pelajar boleh bayar secara ansuran atau banyak kaedah lain untuk membantu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam. 

Asyraf Wajdi memberi peringatan bahawa penglibatan dalam program TVET atau kemahiran disediakan MARA mampu mengubah nasib diri dan keluarga dengan tawaran kerja yang tersedia. 

Katanya, pelajar mengambil peluang mengikuti program itu berpotensi peroleh gaji yang lumayan dan bermaruah. 

Advertisement

“Yang penting ambil peluang masuk dalam program-program TVET atau kemahiran yang MARA sediakan kerana ia mampu merubah nasib diri dan keluarga dengan tawaran kerja yang tersedia beserta potensi gaji yang lumayan dan bermaruah,” katanya. 

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata saranan itu terpakai untuk semua Institusi Pendidikan MARA, termasuk Maktab Rendah Sains MARA, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kolej Profesional Mara, Kolej Mara, Kolej Polytech-Mara, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Poly-Tech Malaysia.

Perkongsian Asyraf Wajdi menerima maklum balas baik daripada pengguna Facebook di media sosial beliau. 

Pengguna Facebook Idah Abdullah bersetuju dengan kenyataan Asyraf Wajdi dengan berkata ramai anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah mendapat bantuan MARA. 

“Benar Datuk. MRSM tempat anak saya belajar, B40 memang ramai yang dapat bantuan dari pihak Mara. Mara memang perjuangkan anak-anak B40,” katanya. 

Pengguna Dayang Masturah pula menceritakan pengalaman semasa mendaftarkan anaknya memasuki tingkatan satu di MRSM. 

Advertisement

Dayang meminta pertimbangan pihak MRSM untuk menangguhkan dahulu bayaran dan bantuan untuk persediaan kelengkapan memasuki asrama. 

“Bila baca list segala bayaran terasa berat sangat masa tu. Mana untuk persediaan kelengkapan anak masuk asrama, baju sekolah tapi saya gagahkan diri sahaja masa tu berharap MRSM boleh bagi pertimbangan untuk bayaran tersebut.

“Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan segala pakaian sekolah pihak koperasi MRSM KK yang sediakan. Rasa terharu masa tu dan nak nangis tapi gagahkan diri depan anak tidak nangis,” katanya. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending