Connect with us

Antarabangsa

Rejim Israel serang Lubnan susulan serangan mortar

Rejim Israel memberitahu sedang melakukan serangan di selatan Lubnan susulan serangan mortar dari negara jirannya itu meletup di kawasan sempadan kedua-dua musuh.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim Israel serang Lubnan susulan serangan mortar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rejim Israel memberitahu sedang melakukan serangan di selatan Lubnan susulan serangan mortar dari negara jirannya itu meletup di kawasan sempadan kedua-dua musuh.
  • “Sebagai tindak balas, IDF (rejim Israel) akan menyerang kawasan yang dikesan lokasi pelancaran dilakukan itu di wilayah Lubnan,” menurut tentera dalam satu kenyataan.
  • Agensi berita rasmi ANI Lubnan berkata, Israel sudah melepaskan lebih 15 peluru meriam yang menyasarkan sekitar komuniti Kfar Chouba dan Halta.

BAITULMAQDIS : Rejim Israel memberitahu sedang melakukan serangan di selatan Lubnan susulan serangan mortar dari negara jirannya itu meletup di kawasan sempadan kedua-dua musuh.

“Sebagai tindak balas, IDF (rejim Israel) akan menyerang kawasan yang dikesan lokasi pelancaran dilakukan itu di wilayah Lubnan,” menurut tentera dalam satu kenyataan.

Agensi berita rasmi ANI Lubnan berkata, Israel sudah melepaskan lebih 15 peluru meriam yang menyasarkan sekitar komuniti Kfar Chouba dan Halta.

Kedua-dua negara masih berperang secara teknikal dan pasukan pengaman dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan mengawal sempadan antara kedua-dua negara berjiran.

Tembakan rentas sempadan terbaru berlaku selepas Israel mengebom Lubnan pada April, sebagai tindak balas terhadap serangan roket yang dilepaskan dari negara itu. 

Sumber: Berita Harian 

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending