Terkini
Perdana Menteri mahu kajian RMK-12 ambil kira input daripada JAKIM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, fungsi dan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah pentadbirannya yang berlandaskan konsep Malaysia Madani, bukan sekadar jabatan agama.

- Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, fungsi dan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah pentadbirannya yang berlandaskan konsep Malaysia Madani, bukan sekadar jabatan agama.
- Perdana Menteri menjelaskan peranan JAKIM sekarang lebih meluas dengan menumpukan pelbagai aspek, bahkan tidak hanya tertumpu soal Islam semata-mata.
- Jelasnya, itu adalah pembaharuan dan reformasi institusi yang ditekankan sekali gus berbeza dengan pendekatan sewaktu pentadbiran kerajaan sebelum ini.
- “Mana ada peranan JAKIM dalam belanjawan (dalam kerajaan terdahulu). Mana ada peranan JAKIM dalam RMK-12. Tidak ada tetapi sekarang ada sebab Malaysia Madani yang mempertahankan soal nilai dan akhlak,” katanya.
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, fungsi dan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah pentadbirannya yang berlandaskan konsep Malaysia Madani, bukan sekadar jabatan agama.
Perdana Menteri menjelaskan peranan JAKIM sekarang lebih meluas dengan menumpukan pelbagai aspek, bahkan tidak hanya tertumpu soal Islam semata-mata.
Jelasnya, itu adalah pembaharuan dan reformasi institusi yang ditekankan sekali gus berbeza dengan pendekatan sewaktu pentadbiran kerajaan sebelum ini.
“Peruntukan untuk Islam itu ditambah dan kegiatan untuk Islam juga bertambah. Malah JAKIM ini bukan jabatan agama semata-mata.
“Saya sudah minta Ketua Pengarah JAKIM (Datuk Hakimah Mohd Yusoff) dan KSN (Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali) juga ada bicarakan soal naratif ekonomi, bicarakan soal Belanjawan Madani serta bicarakan dasar pendidikan.
“Itu harus diambil kira dan sekarang, kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) turut mengambil kira input daripada JAKIM supaya prinsip dan nilai ini tidak lari.
“Ia bukan dokumen Islam RMK-12 tetapi input (dari JAKIM) itu penting, malah ia berbeza dengan pendekatan lama termasuk dalam kerajaan yang disertai oleh mereka selama 33 bulan.
“Mana ada peranan JAKIM dalam belanjawan (dalam kerajaan terdahulu). Mana ada peranan JAKIM dalam RMK-12. Tidak ada tetapi sekarang ada sebab Malaysia Madani yang mempertahankan soal nilai dan akhlak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian dan Pelancaran buku bertajuk Adab dan Perbezaan Pendapat Dalam Islam di Kompleks Islam Putrajaya hari ini.
Turut hadir bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali; Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Madya Dr Luqman Abdullah.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai cara menguruskan perbezaan pendapat yang pada hematnya perlu dikelola dengan tertib.
Menurut Anwar, beliau percaya bukan saja perbezaan pandangan, malah perbezaan mazhab dan idea perlu dihormati sekiranya ia dikupas dengan lebih mendalam.
“Jadi cukup saya katakan, ambil masa baca dan teliti (buku Adab dan Perbezaan Pendapat Islam) kerana kekuatan ini berbeza daripada ceramah-ceramah biasa, berdasarkan al-Quran, hadis dan karya ulama muktabar zaman silam.
“Kerana ini bukan saja soal adab tetapi soal turath, legasi Islamik, karya dan kupasan yang serius mesti berdasarkan karya-karya agung zaman lampau.
“Ini kerana, dalam Malaysia Madani ini kita mahu menekankan soal nilai dan soal akhlak. Kita juga mahu penyertaan orang Islam dan bukan Islam,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas