Antarabangsa
Pelepasan air loji Fukushima penuhi piawaian antarabangsa – Korea Selatan
Rancangan pelepasan air terawat dari loji Fukushima, Jepun yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memenuhi pawaian antarabangsa jika dilaksanakan seperti yang dirancang, menurut Korea Selatan.

- Rancangan pelepasan air terawat dari loji Fukushima, Jepun yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memenuhi pawaian antarabangsa jika dilaksanakan seperti yang dirancang, menurut Korea Selatan.
- Korea Selatan mengumumkan analisis saintifiknya mengenai pelan pelepasan berdasarkan pemeriksaan di tapak loji yang disiapkan pada akhir Mei dan data-data lain yang berkaitan, termasuk analisis semakan keselamatan IAEA, lapor Agensi Berita Yonhap.
- Menurut simulasi berdasarkan piawaian pelepasan yang ditetapkan oleh Tokyo Electric Power Co., iaitu pengendali loji terbabit, kesan radiasi di pantai Korea Selatan dianggarkan hanya mencapai kira-kira satu per 100,000 daripada paras semasa.
- Kerajaan turut menyatakan bahawa teknologi sistem penulenan khas loji yang dikenali sebagai ALPS, telah bertambah baik dan stabil secara beransur-ansur, menyebabkan paras radionuklid berada pada had yang dibenarkan sejak pertengahan 2019.
- Pada Selasa, badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu mengumumkan bahawa semakan selama dua tahunnya mendapati rancangan Jepun untuk mengalirkan air dari loji itu ke laut adalah konsisten dengan piawaian keselamatannya.
SEOUL : Rancangan pelepasan air terawat dari loji Fukushima, Jepun yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memenuhi pawaian antarabangsa jika dilaksanakan seperti yang dirancang, menurut Korea Selatan.
Korea Selatan mengumumkan analisis saintifiknya mengenai pelan pelepasan berdasarkan pemeriksaan di tapak loji yang disiapkan pada akhir Mei dan data-data lain yang berkaitan, termasuk analisis semakan keselamatan IAEA, lapor Agensi Berita Yonhap.
Menurut simulasi berdasarkan piawaian pelepasan yang ditetapkan oleh Tokyo Electric Power Co., iaitu pengendali loji terbabit, kesan radiasi di pantai Korea Selatan dianggarkan hanya mencapai kira-kira satu per 100,000 daripada paras semasa.
Kerajaan turut menyatakan bahawa teknologi sistem penulenan khas loji yang dikenali sebagai ALPS, telah bertambah baik dan stabil secara beransur-ansur, menyebabkan paras radionuklid berada pada had yang dibenarkan sejak pertengahan 2019.
Sebelum ini, kerajaan Seoul melaporkan bahawa enam jenis radionuklid dikesan berada pada tahap melebihi had yang dibenarkan walaupun selepas rawatan melalui ALPS, tetapi kebanyakan kes ini berlaku sebelum 2019.
“Semakan dilakukan dengan mengambil kira sekiranya pelan pelepasan Tokyo Electric Power dijalankan seperti yang dirancang,” menurut Menteri Penyelarasan Dasar Korea Selatan Bang Moon Kyu pada taklimat harian.
Negara itu juga menekankan penghargaan terhadap hasil semakan keselamatan IAEA terhadap rancangan Jepun.
Pada Selasa, badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu mengumumkan bahawa semakan selama dua tahunnya mendapati rancangan Jepun untuk mengalirkan air dari loji itu ke laut adalah konsisten dengan piawaian keselamatannya.
Sumber: Buletin TV3
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas