Antarabangsa
OIC gesa tindakan lanjut dunia perangi Islamofobia, alu-alukan Mesyuarat Kuala Lumpur
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Ahad menggesa tindakan lanjut masyarakat dunia untuk memerangi Islamofobia selepas mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Eksekutifnya di Jeddah.

- Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Ahad menggesa tindakan lanjut masyarakat dunia untuk memerangi Islamofobia selepas mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Eksekutifnya di Jeddah.
- Dalam pernyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat untuk membincangkan perbuatan mencemari kesucian al-Quran di Sweden baru-baru ini, kumpulan 57 negara itu menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan sikap tidak bertoleransi, diskriminasi dan keganasan terhadap umat Islam selain menegaskan Islamofobia semakin meningkat di banyak bahagian dunia.
- Menurut OIC, pihaknya amat bimbang dengan “kemunculan semula gerakan perkauman dan ekstremisme di beberapa wilayah di dunia melalui tindakan provokasi berulang oleh penyokong sayap kanan yang menghina simbol Islam dan kesuciannya”.
NEW DELHI: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Ahad menggesa tindakan lanjut masyarakat dunia untuk memerangi Islamofobia selepas mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Eksekutifnya di Jeddah.
Dalam pernyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat untuk membincangkan perbuatan mencemari kesucian al-Quran di Sweden baru-baru ini, kumpulan 57 negara itu menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan sikap tidak bertoleransi, diskriminasi dan keganasan terhadap umat Islam selain menegaskan Islamofobia semakin meningkat di banyak bahagian dunia.
Menurut OIC, pihaknya amat bimbang dengan “kemunculan semula gerakan perkauman dan ekstremisme di beberapa wilayah di dunia melalui tindakan provokasi berulang oleh penyokong sayap kanan yang menghina simbol Islam dan kesuciannya”.
Sweden berdepan kecaman meluas dunia Islam selepas seorang lelaki mengoyak dan membakar al-Quran dengan kebenaran polis di luar Masjid Pusat Stockholm pada 28 Jun, hari pertama Aidiladha.
Negara anggota menggesa Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha “untuk mempertimbangkan mengadakan lawatan rasmi ke Stockholm dan Suruhanjaya Kesatuan Eropah untuk menyatakan kecaman terhadap insiden itu” dan meminta mereka mencegah perbuatan tersebut di bawah alasan kebebasan bersuara.
OIC juga digesa meletakkan penodaan kitab suci dan simbol Islam dalam agenda mesyuarat penyelarasan menteri luar OIC di luar mesyuarat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang akan datang di New York dan sidang kemuncak Islam di Gambia untuk mengambil tindakan selanjutnya menangani Islamofobia.
Badan antarabangsa itu juga mengalu-alukan penganjuran persidangan antarabangsa mengenai Islamofobia dan diskriminasi anti-Muslim dari 22 hingga 23 Ogos di Kuala Lumpur dengan penyelarasan Sekretariat Agung OIC. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas