Connect with us

Antarabangsa

Mahkamah Kanada iktiraf emoji tanda bagus sebagai persetujuan kontrak rasmi

Mahkamah Saskatchewan, Kanada memerintahkan usahawan tani membayar C$82,000 (RM287,957.29) sebagai ganti rugi kerana memberi simbol emoji yang mengelirukan bagi kontrak pembelian flak.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah Kanada iktiraf emoji tanda bagus sebagai persetujuan kontrak rasmi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Saskatchewan, Kanada memerintahkan usahawan tani membayar C$82,000 (RM287,957.29) sebagai ganti rugi kerana memberi simbol emoji yang mengelirukan bagi kontrak pembelian flak.
  • Chris Achter berhujah bahawa emoji ibu jari (tanda bagus) itu untuk memperakui resit tetapi hakim memutuskan ia menandakan persetujuan perjanjian kontrak.
  • Achter yang memiliki syarikat pertanian di Swift Current, Saskatchewan, didakwa menghantar emoji ibu jari sebagai jawapan balas terhadap gambar kontrak pembelian 86 tan flak yang dihantar pembeli bijirin, Kent Mickleborough secara mesej telefon pada 2021.
  • Beberapa bulan kemudian, apabila tiba hari penghantaran tiba, Mickleborough yang sudah bertahun berurus niaga dengan Achter, tidak menerima flak ditempah.
  • Dalam penghakiman ringkas yang dipenuhi 24 contoh emoji, Hakim TJ Keene berkata, beliau berpuas hati dengan kebarangkalian bahawa Chris okay atau meluluskan kontrak seperti yang dilakukan sebelumnya, kecuali kali ini dia menggunakan emoji ibu jari.
  • “Pandangan saya, keperluan tandatangan pada kontrak, diganti emoji ibu jari daripada Chris dan telefon bimbitnya yang unik,” katanya.

OTTAWA: Mahkamah Saskatchewan, Kanada memerintahkan usahawan tani membayar C$82,000 (RM287,957.29) sebagai ganti rugi kerana memberi simbol emoji yang mengelirukan bagi kontrak pembelian flak.

Chris Achter berhujah bahawa emoji ibu jari (tanda bagus) itu untuk memperakui resit tetapi hakim memutuskan ia menandakan persetujuan perjanjian kontrak.

Dia kemudian diarah membayar pampasan itu kerana gagal memenuhi kontrak.

Achter yang memiliki syarikat pertanian di Swift Current, Saskatchewan, didakwa menghantar emoji ibu jari sebagai jawapan balas terhadap gambar kontrak pembelian 86 tan flak yang dihantar pembeli bijirin, Kent Mickleborough secara mesej telefon pada 2021.

Beberapa bulan kemudian, apabila tiba hari penghantaran tiba, Mickleborough yang sudah bertahun berurus niaga dengan Achter, tidak menerima flak ditempah.

Dia membawa kes itu ke mahkamah, yang mewujudkan pertikaian hingga membawa kepada penyiasatan lebih mendalam bagi merungkai maksud emoji ibu jari, menurut keputusan mahkamah pada Jun yang tular dan dilapor media tempatan minggu ini.

Pembeli rami mempertikaikan emoji itu yang baginya membayangkan penerimaan syarat kontrak, sementara bagi Achter, simbol itu sekadar menunjukkan dia menerima kontrak tetapi bukan syarat dipersetujui.

Dalam penghakiman ringkas yang dipenuhi 24 contoh emoji, Hakim TJ Keene berkata, beliau berpuas hati dengan kebarangkalian bahawa Chris okay atau meluluskan kontrak seperti yang dilakukan sebelumnya, kecuali kali ini dia menggunakan emoji ibu jari.

“Pandangan saya, keperluan tandatangan pada kontrak, diganti emoji ibu jari daripada Chris dan telefon bimbitnya yang unik,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending