Terkini
KKM jalan siasatan dalaman kes kematian Dea Maisarah
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjalankan siasatan dalaman termasuk dakwaan pengelasan kematian palsu ‘Brought in Dead’ (BID) berkaitan kes kematian Dea Maisarah Bada Hussein, 10, yang meninggal dunia didakwa akibat kecuaian pihak hospital di Selangor, baru-baru ini.
- Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjalankan siasatan dalaman termasuk dakwaan pengelasan kematian palsu ‘Brought in Dead’ (BID) berkaitan kes kematian Dea Maisarah Bada Hussein, 10, yang meninggal dunia didakwa akibat kecuaian pihak hospital di Selangor, baru-baru ini.
- “Seperti yang disebut sebelum ini, perkara ini masih dalam siasatan polis jadi kita memberi sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan.
- “Namun kami sendiri menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui lebih lanjut dan secara terperinci berhubung kes itu dengan memanggil pihak berkaitan.
- “Ini adalah prosedur biasa dan apa-apa kes yang berlaku memang kita jalankan siasatan dalaman jika ada aduan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar Hospital Balik Pulau (HBP), di sini hari ini.
- Beliau mengulas mengenai bapa kepada kanak-kanak berkenaan Bada Hussein, 48, yang membuat laporan polis berhubung pengelasan kematian iaitu ‘Brought in Dead’ (BID) dalam sijil atau permit pengebumian anaknya itu adalah palsu dan tidak benar.
BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjalankan siasatan dalaman termasuk dakwaan pengelasan kematian palsu ‘Brought in Dead’ (BID) berkaitan kes kematian Dea Maisarah Bada Hussein, 10, yang meninggal dunia didakwa akibat kecuaian pihak hospital di Selangor, baru-baru ini.
Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, siasatan dalaman itu merupakan satu prosedur yang dijalankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan terperinci berhubung kes berkenaan.
“Seperti yang disebut sebelum ini, perkara ini masih dalam siasatan polis jadi kita memberi sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan.
“Namun kami sendiri menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui lebih lanjut dan secara terperinci berhubung kes itu dengan memanggil pihak berkaitan.
“Ini adalah prosedur biasa dan apa-apa kes yang berlaku memang kita jalankan siasatan dalaman jika ada aduan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar Hospital Balik Pulau (HBP), di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai bapa kepada kanak-kanak berkenaan Bada Hussein, 48, yang membuat laporan polis berhubung pengelasan kematian iaitu ‘Brought in Dead’ (BID) dalam sijil atau permit pengebumian anaknya itu adalah palsu dan tidak benar.
Bada dilaporkan berkata, anaknya masih hidup dengan dia mempunyai bukti termasuk resit pembayaran dan berharap pihak berkuasa menyiasat berhubung pengelasan kematian BID tersebut.
Menurut Zaliha, pihaknya juga tidak dapat memberi komen lanjut berkaitan kes tersebut sehingga siasatan selesai.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai kes kecuaian yang didakwa berlaku di membabitkan fasiliti kesihatan kerajaan di Pahang dan Melaka, Zaliha berkata, kedua-dua kes tersebut sedang diteliti dan disiasat oleh KKM.
“Apa pun keadaannya kita kena tengok kes tersebut bagaimana, bukan semua kes boleh diletakkan di bawah medical legal dan ada disebabkan prosedur biasa. Bila ada aduan kita akan jalankan siasatan dan kita jalankan siasatan terperinci bagi kedua-dua kes tersebut,” katanya.
Sumber: Kosmo