Connect with us

Terkini

Kerajaan perlu pastikan kebajikan isu penempatan doktor – MMA

Kerajaan perlu membenarkan pegawai perubatan yang berkhidmat dalam tempoh ditetapkan di Sabah dan Sarawak memohon pertukaran dan memastikan proses dijalankan secara telus.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan perlu pastikan kebajikan isu penempatan doktor – MMA
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Kerajaan perlu membenarkan pegawai perubatan yang berkhidmat dalam tempoh ditetapkan di Sabah dan Sarawak memohon pertukaran dan memastikan proses dijalankan secara telus.
  • Ia antara gesaan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dalam isu kebajikan doktor yang terbabit dalam pemindahan ke hospital atau klinik kerajaan di beberapa negeri yang turut dilihat memberi impak kepada sistem kesihatan awam.
  • Presiden MMA, Dr Muruga Raj Rajathurai, berkata kerajaan juga perlu mempertimbangkan elaun penempatan yang munasabah untuk doktor yang telah diarahkan berpindah.
  • “Selain itu kerajaan perlu memastikan tiada gangguan perkhidmatan penjagaan kesihatan di mana-mana fasiliti kesihatan dan turut memudahkan penempatan semula. Kerajaan perlu memastikan pemindahan ini tidak menjejaskan latihan kepakaran yang sedang dijalani mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membenarkan pegawai perubatan yang berkhidmat dalam tempoh ditetapkan di Sabah dan Sarawak memohon pertukaran dan memastikan proses dijalankan secara telus.

Ia antara gesaan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dalam isu kebajikan doktor yang terbabit dalam pemindahan ke hospital atau klinik kerajaan di beberapa negeri yang turut dilihat memberi impak kepada sistem kesihatan awam.

Presiden MMA, Dr Muruga Raj Rajathurai, berkata kerajaan juga perlu mempertimbangkan elaun penempatan yang munasabah untuk doktor yang telah diarahkan berpindah.

Beliau berkata, pegawai perubatan yang terbabit juga perlu diberikan notis dengan jangka masa yang memadai untuk melapor diri dari tarikh surat penempatan, dengan dimaklumkan perincian yang jelas berhubung penempatan baharu.

“Selain itu kerajaan perlu memastikan tiada gangguan perkhidmatan penjagaan kesihatan di mana-mana fasiliti kesihatan dan turut memudahkan penempatan semula.

“Kerajaan perlu memastikan pemindahan ini tidak menjejaskan latihan kepakaran yang sedang dijalani mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut meminta kerajaan menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan doktor.

Katanya, walaupun penempatan diberikan berdasarkan keperluan setempat, cabaran perlu dihadapi apabila dipindahkan, masih perlu diberi perhatian sewajarnya.

“MMA menggesa kerajaan menunjukkan empati kepada kumpulan doktor yang telah dipindahkan ke fasiliti kesihatan di negeri-negeri.

“Terutama, membabitkan sebilangan doktor yang diarahkan berpindah dengan diberikan notis dalam jangka masa pendek,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, memaklumkan proses pemindahan doktor yang mendapat penempatan tetap merangkumi semua tempat di seluruh negara sedang dilaksanakan.

Katanya, pemindahan sekitar 1,000 petugas perubatan di sekitar Lembah Klang mulai akhir bulan ini tidak akan menjejaskan operasi fasiliti kesihatan di Lembah Klang.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *