Connect with us

Terkini

HDC perlu terajui diplomasi halal, ketengah Malaysia di pentas global – TPM

Halal Development Corporation Berhad (HDC) perlu bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri untuk menerajui agenda diplomasi halal bagi membawa jenama halal Malaysia ke peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Wartawan TMT

Published

on

HDC perlu terajui diplomasi halal, ketengah Malaysia di pentas global – TPM
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Halal Development Corporation Berhad (HDC) perlu bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri untuk menerajui agenda diplomasi halal bagi membawa jenama halal Malaysia ke peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Ahmad Zahid berkata usaha ini penting kerana banyak negara dan organisasi melihat kepada Malaysia apabila membangunkan ekosistem halal mereka.
  • Sehubungan itu, HDC tidak seharusnya hanya menumpukan kepada produk atau perkhidmatan halal yang nyata sahaja, sebaliknya menggunakannya sebagai peluang untuk mengeksport ilmu halal melalui diplomasi halal Malaysia.
  • “Konsep baharu diplomasi halal yang diterajui HDC ini, boleh menetapkan piawaian emas global untuk halal termasuk memudahkan perkhidmatan halal merentasi sempadan, menggalakkan perkongsian teknologi dan penyelidikan serta memastikan proses pengesahan halal yang lancar.
  • “Melalui cara ini, kita boleh membina ekonomi halal global yang berdaya tahan dan mampan. Dengan mengamalkan konsep ini, kita juga boleh mengekalkan status halal tertinggi Malaysia melalui penghayatan ekosistem halal kita,” katanya dalam ucapan pada majlis Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2022 anjuran HDC, di sini malam tadi.

PETALING JAYA – Halal Development Corporation Berhad (HDC) perlu bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri untuk menerajui agenda diplomasi halal bagi membawa jenama halal Malaysia ke peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Ahmad Zahid berkata usaha ini penting kerana banyak negara dan organisasi melihat kepada Malaysia apabila membangunkan ekosistem halal mereka.

Sehubungan itu, HDC tidak seharusnya hanya menumpukan kepada produk atau perkhidmatan halal yang nyata sahaja, sebaliknya menggunakannya sebagai peluang untuk mengeksport ilmu halal melalui diplomasi halal Malaysia.

“Konsep baharu diplomasi halal yang diterajui HDC ini, boleh menetapkan piawaian emas global untuk halal termasuk memudahkan perkhidmatan halal merentasi sempadan, menggalakkan perkongsian teknologi dan penyelidikan serta memastikan proses pengesahan halal yang lancar.

“Melalui cara ini, kita boleh membina ekonomi halal global yang berdaya tahan dan mampan. Dengan mengamalkan konsep ini, kita juga boleh mengekalkan status halal tertinggi Malaysia melalui penghayatan ekosistem halal kita,” katanya dalam ucapan pada majlis Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2022 anjuran HDC, di sini malam tadi.

HDC ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, penyelaras utama bagi menggalakkan penyertaan dan memudahkan pertumbuhan pemain industri dalam pembangunan ekosistem halal Malaysia.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa kerajaan benar-benar mahu menjadikan Malaysia sebagai peneraju global dalam ekonomi halal memandangkan pasaran halal dijangka berkembang daripada US$3 trilion pada 2018 kepada US$5 trilion menjelang 2030.

“Kerajaan kita mengiktiraf perkara ini dan sebab itu kita telah melancarkan inisiatif untuk meningkatkan kapasiti dan daya saing industri,” katanya sambil menambah bahawa dalam hal ini, kerajaan telah melancarkan Pelan Induk Industri Halal 2030 untuk memacu pembangunan ekonomi negara.

“Besar sasaran kita menerusi pelan induk ini. Kita mahu industri berkembang kepada US$113 bilion menjelang 2030, menyumbang lapan peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2025 dan mewujudkan lebih 350,000 pekerjaan berkualiti tinggi,” tambahnya. 

Mengenai Anugerah Kecemerlangan Halal Sedunia (WHEA) 2022, Ahmad Zahid berkata acara itu mencerminkan kepesatan pertumbuhan ekonomi yang berterusan disokong oleh sumbangan, pencapaian dan usaha terpuji pemain industri halal dalam mendorong produk dan kerumitan pasaran yang lebih besar, sambil mengintegrasikan produk Malaysia secara global dan memanfaatkan potensi besar industri bernilai trilion dolar ini.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun.

Menerusi WHEA 2022, sebanyak 20 organisasi dan seorang individu telah dianugerahkan atas sumbangan cemerlang mereka dalam pertumbuhan industri halal.

Antara kategori anugerah itu ialah Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Halal yang dianugerahkan kepada Pengerusi dan Presiden Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IsDB) Dr Muhammad Sulaiman Al Jasse, manakala kerajaan Selangor menerima Anugerah Kecemerlangan Prestasi Negeri Halal.

Pemenang lain ialah F&N Holdings Bhd dan Agym Nutrition Sdn Bhd, kedua-duanya bagi kategori Anugerah Kecemerlangan Makanan dan Minuman Halal, sementara Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai McDonald’s menerima Anugerah Kecemerlangan Jenama Terkemuka Halal (Antarabangsa).

Anugerah tahunan itu juga bagi mengiktiraf dan menghargai pencapaian luar biasa pemain industri halal dalam menjadikan Malaysia sebagai prestasi terbaik global dalam pasaran bernilai US$3 trilion.

Lebih 200 pengiktirafan dianugerahkan HDC kepada individu, organisasi dan syarikat sejak anugerah itu diperkenalkan pada 2009. 

Sumber: Bernama

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending