Terkini
Kes Zahid Hamidi: Bekas Peguam Negara, Peguam Negara baharu dipanggil beri keterangan
Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi akan memanggil bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Peguam Negara yang baharu, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh bagi memberi penjelasan mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi, baru-baru ini.

- Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi akan memanggil bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Peguam Negara baharu, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh memberi penjelasan mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi, baru-baru ini.
- Pengerusinya, William Leong Jee Keen berkata, jawatankuasa mengeluarkan kenyataan akan mengadakan prosiding berhubung perkara tersebut.
- “Kita akan panggil kedua-dua peguam negara untuk berikan penjelasan dan kenyataan media telah dikeluarkan dan kita akan bentangkan laporan selepas siasatan dibuat,” katanya.
- Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang mempersoalkan tindakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul tergempar Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) membahaskan isu berkenaan di Dewan Rakyat.
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi akan memanggil bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Peguam Negara yang baharu, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh bagi memberi penjelasan mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi, baru-baru ini.
Ia bagi memberi penjelasan mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi, baru-baru ini.
Pengerusinya, William Leong Jee Keen berkata, jawatankuasa tersebut telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia akan mengadakan prosiding berhubung perkara tersebut.
“Kita akan panggil kedua-dua peguam negara untuk berikan penjelasan dan kenyataan media telah dikeluarkan dan kita akan bentangkan laporan selepas siasatan dibuat,” katanya.
Beliau menyatakan demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang mempersoalkan tindakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul tergempar Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) untuk membahaskan isu berkenaan di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, Shahidan ditempelak Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang mendakwa Ahli parlimen Arau itu tahu kedua-dua Peguam Negara akan dipanggil oleh Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.
“Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi sudah bersetuju dan membuat keputusan untuk panggil Peguam Negara untuk berikan penerangan mengenai kes DNAA.
“Arau (Shahidan) sendiri adalah salah satu daripada ahli Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut, dia tahu kita akan panggil Peguam Negara untuk berikan penerangan dan prosiding akan dijalankan tetapi dia masih nak bangkit isu ini dalam Parlimen,” jelas Poay Tiong.
Shahidan bagaimanapun menafikan beliau tahu perkara itu.
Semalam, persidangan Dewan Rakyat kecoh sebelum laporan Kajian Separuh Penggal (KSP) bagi Rancangan Malaysia ke 12 (RMK-12) dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia berlaku apabila Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kalal (Machang-PN) menggesa usul tergempar bagi memanggil Peguam Negara susulan keputusan DNAA terhadap Timbalan Perdana Menteri itu daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi.
Sumber: Malaysia Gazette
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas