Connect with us

Terkini

Doktor kontrak ke jawatan tetap diminta akur penempatan diberikan

Doktor kontrak yang mula diserapkan ke jawatan tetap diminta bersabar dan akur untuk ditempatkan di lokasi yang sudah ditetapkan meskipun sebahagian daripada mereka membuat rayuan untuk kekal atau berpindah ke tempat lain.

Wartawan TMT

Published

on

Doktor kontrak ke jawatan tetap diminta akur penempatan diberikan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Doktor kontrak yang mula diserapkan ke jawatan tetap diminta bersabar dan akur ditempatkan di lokasi ditetapkan meskipun sebahagian daripada mereka membuat rayuan untuk kekal atau berpindah ke tempat lain.
  • Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata ini kerana Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti dan menimbangkan permohonan mereka sebelum membuat sebarang keputusan.
  • “Ada sebahagian kecil doktor kontrak yang menerima jawatan tetap sedang merayu agar tidak dipindahkan ke lokasi ditetapkan atau mahu berpindah ke tempat lain.”
  • “Keputusan kita nanti bergantung kepada keperluan buat masa ini, jadi kita akan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap rayuan mereka,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Latihan Simulasi Gebeng 2023 di sini hari ini.

KUANTAN — Doktor kontrak yang mula diserapkan ke jawatan tetap diminta bersabar dan akur untuk ditempatkan di lokasi yang sudah ditetapkan meskipun sebahagian daripada mereka membuat rayuan untuk kekal atau berpindah ke tempat lain.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata ini kerana Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti dan menimbangkan permohonan mereka sebelum membuat sebarang keputusan.

“Ada sebahagian kecil doktor kontrak yang menerima jawatan tetap sedang merayu agar tidak dipindahkan ke lokasi ditetapkan atau mahu berpindah ke tempat lain.

“Keputusan kita nanti bergantung kepada keperluan buat masa ini, jadi kita akan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap rayuan mereka,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Latihan Simulasi Gebeng 2023 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Norhayati Rusli dan Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus.

Lukanisman berkata antara alasan diberikan doktor terlibat ialah faktor kesihatan, peribadi, keluarga dan ada yang sedang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Menurutnya pihak kementerian akan sentiasa menambah baik sistem penempatan doktor tetap supaya mereka dapat bertugas dengan baik dan proses penempatan ini akan berterusan hingga 2025.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau memohon kerajaan negeri agar menyediakan lokasi tanah yang strategik dan sesuai kepada KKM bagi mengurangkan kos pembinaan kemudahan kesihatan. 

“Cabaran kita untuk membina blok baharu seperti di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan pembinaan Hospital Maran yang tertangguh ialah untuk mendapatkan tanah berkualiti dan tidak terlalu membebankan untuk dibangunkan.

“Justeru, saya mohon kerajaan negeri seluruh Malaysia agar dapat menyediakan tanah yang strategik, dengan itu kita tidak perlu keluar belanja besar untuk melakukan kerja awalan,” katanya.

Beliau berkata kerja pembinaan blok wanita dan kanak-kanak HTAA yang boleh menempatkan 376 katil di Tanjung Lumpur di sini akan bermula hujung tahun ini dan dijangka siap pada 2028.

Sementara itu, Program Latihan Simulasi Gebeng diadakan bertujuan memfokus kepada kejadian bencana melibatkan bahan kimia, biologi, radiologi, nuklear dan bahan letupan (CBRNe) yang diadakan di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini, bermula hari ini hingga Rabu. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending