Connect with us

Terkini

DAP tidak pernah persoal kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan – Anthony Loke

DAP menegaskan semua 40 ahli Parlimen terus mempertahan semua perkara asas Perlembagaan Persekutuan termasuk menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai seperti termaktub dalam Perkara 3 (1).

Wartawan TMT

Published

on

DAP tidak pernah persoal kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan - Anthony Loke
Foto: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook (kanan).
  • DAP menegaskan semua 40 ahli Parlimen terus mempertahan semua perkara asas Perlembagaan Persekutuan termasuk menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai seperti termaktub dalam Perkara 3 (1).
  • Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook justeru berkata, dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya DAP akan mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengubah kedudukan Islam sebagai agama rasmi dengan tanpa agama rasmi adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab. 
  • Katanya, DAP tidak pernah dan tidak akan mempersoal kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Siew Fook berkata, DAP tidak akan bermusuhan dengan mana-mana kaum dan terus berkhidmat demi negara serta memainkan peranan untuk membina sebuah masyarakat yang bersatu padu berasaskan prinsip Rukun Negara.
  • Siew Fook kemudian mengingatkan kepada Dr. Mahathir agar tidak bimbang bahawa Malaysia akan sentiasa kekal sebagai anggota OIC di bawah Kerajaan Perpaduan.

PETALING JAYA – DAP menegaskan semua 40 ahli Parlimen terus mempertahan semua perkara asas Perlembagaan Persekutuan termasuk menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai seperti termaktub dalam Perkara 3 (1).

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook justeru berkata, dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya DAP akan mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengubah kedudukan Islam sebagai agama rasmi dengan tanpa agama rasmi adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab. 

Katanya, DAP tidak pernah dan tidak akan mempersoal kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berasa amat kecewa dengan dakwaan Tun kononnya DAP akan mengugut Perdana Menteri. Apakah beliau sudah lupa bahawa semasa beliau menjadi Perdana Menteri dari Mei 2018 sehingga Februari 2020, beliau disokong oleh 42 Ahli Parlimen DAP?  

“Adakah DAP pernah menarik sokongan daripada beliau atau mengugut kedudukannya?” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang mendakwa Perdana Menteri terpaksa mengikut manifesto DAP yang ingin menjadikan Malaysia sebagai negara pelbagai kaum dan agama rasmi Islam digantikan dengan sekular.

“Ya. DAP cuma ada empat Menteri. Tetapi dalam kerajaan terdapat empat puluh 40 ahli DAP (Ahli Parlimen). Jika DAP tarik diri, kerajaan Anwar akan jatuh. 

“Sebab itu Anwar terpaksa turut manifesto DAP khusus menjadi Tanah Melayu negara berbagai kaum dan agama rasmi Islam diganti dengan negara sekular, negara yang tidak ada agama rasmi. Maka tergugurlah keahlian Malaysia dalam OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam),” dakwa Dr Mahathir.

Pada masa sama, Siew Fook berkata, DAP tidak akan bermusuhan dengan mana-mana kaum dan terus berkhidmat demi negara serta memainkan peranan untuk membina sebuah masyarakat yang bersatu padu berasaskan prinsip Rukun Negara.

“Sejak negara mencapai kemerdekaan, Malaysia terkenal sebagai sebuah negara berbilang kaum yang dapat hidup bersama secara aman. Adakah Tun lupa berkenaan visi beliau untuk melahirkan bangsa Malaysia melalui Wawasan 2020? 

“Mengapa hari ini beliau sanggup mengambil satu pendirian yang begitu bermusuhan dengan masyarakat berbilang kaum di Malaysia?” katanya.

Siew Fook kemudian mengingatkan kepada Dr. Mahathir agar tidak bimbang bahawa Malaysia akan sentiasa kekal sebagai anggota OIC di bawah Kerajaan Perpaduan. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending