Connect with us

Antarabangsa

Alkohol dan daging ‘bacon’ yang diproses tingkatkan risiko kanser perut

Perkaitan antara memakan daging proses seperti ‘bacon’ dan pengambilan minuman beralkohol menunjukkan perkaitan kuat menyumbang kepada kanser perut.

Wartawan TMT

Published

on

Alkohol dan daging ‘bacon’ yang diproses tingkatkan risiko kanser perut
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Perkaitan antara memakan daging proses seperti ‘bacon’ dan pengambilan minuman beralkohol menunjukkan perkaitan kuat menyumbang kepada kanser perut.
  • Hasil kajian Dana Penyelidikan Kanser Dunia (WCRF) diterbitkan pada 2016 itu mendapati individu yang memakan 50g daging proses sehari, bersamaan dengan dua keping daging, meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser perut.
  • Menurut laporan Independent, peningkatan risiko yang sama turut berlaku bagi mereka yang meminum tiga gelas dan ke atas, minuman beralkohol dalam sehari.
  • Contoh daging-daging yang diproses pula termasuk dan tidak terhad kepada ham, bacon, pastrami, salami, hot dog dan sosej.Lebih 7,000 individu didiagnosis dengan kanser perut setiap tahun di UK, yang menyumbang kepada 5,000 kematian.

Perkaitan antara memakan daging proses seperti ‘bacon’ dan pengambilan minuman beralkohol menunjukkan perkaitan kuat menyumbang kepada kanser perut.

Hasil kajian Dana Penyelidikan Kanser Dunia (WCRF) diterbitkan pada 2016 mendapati individu yang memakan 50g daging proses sehari, bersamaan dengan dua keping daging, meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser perut.

Menurut laporan Independent, peningkatan risiko yang sama turut berlaku bagi mereka yang meminum tiga gelas dan ke atas, minuman beralkohol dalam sehari.

Penakrifan daging yang diproses di dalam laporan itu juga dijelaskan sebagai “daging yang telah melalui proses salai, penggaraman atau dengan penambahan bahan pengawet. 

Contoh daging-daging yang diproses pula termasuk dan tidak terhad kepada ham, bacon, pastrami, salami, hot dog dan sosej.

Ketua Penafsiran Penyelidikan WCRF, Dr Rachel Thompson ketika penerbitan laporan itu berkata “bukti ini memberi kita gambaran yang lebih jelas.”

“Kini boleh dikatakan buat pertama kalinya bahawa, meminum alkohol, memakan daging yang diproses, dengan berat badan berlebihan, semuanya boleh meningkatkan risiko mendapat kanser perut”.

Lebih 7,000 individu didiagnosis dengan kanser perut setiap tahun di UK yang menyumbang kepada 5,000 kematian.

Hasil kajian itu diharapkan dapat membantu orang ramai memahami risiko kanser agar keputusan yang bijak dapat dibuat berkenaan keputusan cara hidup.

Sumber: Independent

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending