Connect with us

Terkini

Adlin Aman Ramli persoal gelaran ‘Ustaz’ Tido

Pengarah dan penerbit, Adlin Aman Ramli tidak teragak-agak mempersoal gelaran ustaz yang digunakan segelintir pempengaruh dalam media sosial.

Wartawan TMT

Published

on

Adlin Aman Ramli persoal gelaran ‘Ustaz’ Tido
Foto: Pengarah dan penerbit, Adlin Aman Ramli (kiri), dan pempengaruh media sosial dikenali sebagai Ustaz Tido (kanan).
  • Pengarah dan penerbit, Adlin Aman Ramli tidak teragak-agak mempersoal gelaran ustaz yang digunakan segelintir pempengaruh dalam media sosial.
  • “Zaman tradisional kita, siapa yang ajar mengaji pun sudah boleh digelar ustaz.”
  • “Pada zaman moden, dengan wujudnya pelbagai badan dan jabatan berkaitan agama tiada siapa kawal selia gelaran ini. Jadi adakah orang yang digelar ustaz sama seperti golongan bergelar datuk?” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan perdana filem Merewang Keluarga Pak Awang, semalam.
  • Menurut Adlin, pertanyaan itu juga diharap dapat menjentik sesetengah individu yang menggunakan gelaran itu dan mempersoal apakah tujuan gelaran itu dipakai.
  • Beliau tidak bermaksud menentang penggunaan gelaran ustaz sesiapa sahaja boleh menggunakan panggilan itu asalkan ia tidak dijadikan modal penipuan.

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit, Adlin Aman Ramli tidak teragak-agak mempersoal gelaran ustaz yang digunakan segelintir pempengaruh dalam media sosial.

Dalam video tular, Adlin bertanya apakah kelayakan yang dipegang oleh seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Ustaz Tido sehingga membuatkannya yakin untuk membawa gelaran tersebut.

“Zaman tradisional kita, siapa yang ajar mengaji pun sudah boleh digelar ustaz.

“Pada zaman moden, dengan wujudnya pelbagai badan dan jabatan berkaitan agama tiada siapa yang kawal selia gelaran ini.

“Jadi adakah orang yang digelar ustaz sama seperti golongan bergelar datuk?,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan perdana filem Merewang Keluarga Pak Awang, semalam.

Menurut Adlin, pertanyaan itu juga diharap dapat menjentik sesetengah individu yang menggunakan gelaran itu di samping mempersoal apakah tujuan gelaran itu dipakai.

“Saya tanya sebab ingin tahu dan memang mahu ‘cuit’ dia (Ustaz Tido). Mengapa dan apa tujuan guna gelaran ustaz. Pakai gelaran ustaz atau haji pun belum tentu masuk syurga.

“Kalau semua ustaz yang dengar soalan itu terasa, memang mereka perlu terasa dan jawab.

“Sebenarnya saya okey sahaja dia (Ustaz Tido) nak guna gelaran ustaz sebab dia tidak poyo. Namun, apabila ada yang menegur supaya dia jaga kelakuan agar sesuai dengan imej seorang ustaz, saya rasa ada betul juga perkara itu,” tambahnya.

Namun begitu, Adlin tidaklah bermaksud menentang penggunaan gelaran ustaz. Sesiapa sahaja boleh menggunakan panggilan itu asalkan ia tidak dijadikan modal penipuan.

“Saya tiada masalah dengan Ustaz Tido dan ustaz lain. Mereka nak pakai title apa pun saya tak kisah.

“Saya tiada hal dan kalau panggilan itu beri kelebihan kepada mereka, biarlah, asalkan jangan menipu,” katanya.

Sebelum ini, Adlin menjadi perhatian apabila videonya bersama seorang pempengaruh media sosial bernama Ustaz Tido menjadi tular apabila pengarah itu mempersoalkan kelayakan jejaka itu membawa gelaran ustaz.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending